Series
2027
"Kenapa dengan kau ni.Aku tengok melamun aje?"
Tegur Zuleka bila melihat Suhana asyik termenung sendirian.Dalam dia menegur temannya dia sendiri pula terasa sendiri bila diingatkan kembali sikapnya dulu.
"Eh!Terkejut Aku...Engkau ni!"
Balas Suhana sambil mengurut ngurut dada.Dia memandang ke luar jendela sambil mencari idea bagaimana hendak menerangkan kepada Zuleka.Suhana bimbang kalau kalau temannya itu perasankan apa apa perubahan pada tingkah lakunya di ketika ini.Lalu Suhana berkata.
"Engkau ke mana tadi.Sejak pagi Aku tak nampak?"
Tanya Suhana sambil sedikit hairan.Zuleka sejak pagi lagi tidak kelihatan.Suhana yang telah bersiap rapi tertanya tanya ke mana temannya itu menghilang.Sebentar Zuleka berkata sambil ketawa.
"Oh!Aku ke bandar tadi pagi.Saja...Aku malaslah nak kejutkan engkau.Apasal...Engkau bimbangkan Aku err?"
"Tak lah!Tapi...Adalah jugak.Manalah tau."
"His!Takda laa.Apalah engkau...Ke situ plak."
"Baguslah kalau macam tu.Betul jugak kan..."
"Haa!Itulah baru kawan Aku!"
"Bbanyakk lah...Kkauu!"
"Tak...Aku bergurau aje."
Suhana menjadi lega seketika bila mana Zuleka seakan telah menyelamatkan keadaan setakat ini.Dalam pada itu dia cukup sedar lambat laung temannya itu akan tahu juga perkara ini.Suhana kembali buntu bila memikirkannya.Bagaimana hendak diterangkan kepada Zuleka dan tambah pula Mak Jenab yang bermulut laser semacam itu.Gerun pula Suhana bila diingatkan.Dia cuba berselindung wajah disebalik gurau sendanya bersama Zuleka seketika dengan harapan agar tiada sesiapa tahu rahsia dirinya setakat ini.Mamat itu memang membawa susahlah.Getusnya di dalam hati sendirian.Geram bercampur marahpun ada juga timbul di lubuk hati perasaannya di ketika ini.Sebentar Zuleka memecah kesunyian mereka berdua yang seakan terkunci mulut seketika sejak dari tadi dengan menanyakan sesuatu kepada Suhana.
"Aku tanya engkau satu...Boleh?"
"Hem!Apa dia?"
"Yalah kan!Aku ni bukan mendanya.Tapi...Aku perlu ambil tahu tentang diri engkau selama duduk di sini.Lagipun Aku tak kisah mana.Engkau...Jangan salah sangka pulak."
"Apa maksud engkau?"
"Alah!Aku terus terang aje.Aku tahu engkau ada sesuatu..."
"Oh!Ya ke?"
Suhana cuba buat buat terperanjat bila ditelah Zuleka begitu.Zuleka berubah air mukanya seketika dan sebentar dia berkata lagi.
"Engkau ni...Kang Aku belasah kang!"
"Habis tu...Apa dia?"
"Hey!Engkau jangan rahsiakan dari Aku tau!"
Herdik Zuleka sambil tersenyum dibuat buat.Dia berasa naik geram dengan Suhana yang sengaja cuba menyembunyikan sesuatu darinya.Dia merasakan tidak sepatutnya dibiarkan kawannya itu terus dihanyutkan dengan alunan ombak asmara duniawi yang belum mampu menjanjikan apa apa kepada temannya itu.Zuleka fikir dia harus berbuat sesuatu demi menyelamatkan nasib Suhana dari ditimpa mala petaka yang dahsyat.Fikir Zuleka.Suhana fikir amarah terpsncar di wajah Zuleka bukan suatu gurauan lagi.Suhana cuba meredakan temannya itu dengan berkata.
"Baiklah.Aku sudah faham maksud engkau sekarang."
"Tapi...Bagaimana hendak Aku terangkan kepada engkau...Ya!"
Kata Suhana sedikit memujuk gayanya.Zuleka kembali berubah menjadi tenang seketika.Dia lalu berkata
"Hana!Ceritakan pada Aku.Apa yang membuatkan kau termenung sejak dari tadi."
"Aku ni...Kawan engkau tau!Dan...Lagipun kita macam adik beradik sekarang.Engkau tahu...Kan!"
Pinta Zuleka seakan merayu temannya itu.Dia sambil itu tidak mahu Suhana menganggap cuba menjaga tepi kain temannya itu pula.Serba tak kena dirasakn Zuleka ketika ini.Tak cakna...salah.Cakna pula...disangka menyibuk.Dalam mereka berdua membisu tanpa sebarang kata itu sekali Suhana membuka mulut cuba bercerita kepada temannya itu.
"Begini...Zu."
"Aku sebenarnya diusya sorang mamat.Dan...Aku tak tahu nak cakap apa.Macam mana Aku nak bagi tau engkau perkara ni.Begitu!"
"Akupun tak tergamak nak rahsiakan dari engkau...Kau tau!"
Cerita Suhana kepada temannya itu.Zuleka sebenarnya sudah dapat mengagak dari awal lagi yang temannya sedang dilamun angau.Saja dia buat buat gempak seketika tadi.Dia cuma harap Suhana tidak membelakangkan ahli keluarga di dalam apa apa.perkara.Akan datang dia belum tentu lagi apakan terjadi.Mungkin lebih buruk lagi.Sebelum berlakulah dia cuba peringatkan.Bagus Zuleka di situ.Memangpun Zuleka begitu.Dia jugalah mana manapun selama ini yang sanggup bersusah payah demi anak anak kampung di sini untuk memperoleh sedikit kesenangan.Selebihnya diapun sedar yang pihaklah lebih arif lagi.Zuleka kelihatan termenung seketika bila mendengarnya.Sementara Suhana pula cuma berharap temannya itu bersikap terbuka dan lebih memahami naluri sesama wanita di ketika ini.Tidak mungkin Zuleka tergamak menghampakannya sedang mengatar dulangpun tidak dijejak lagi.
Zuleka yang sejak semalam lagi tidak senang dengan apa dialami oleh orang yang dianggap seperti adiknya sendiri cuba merungkaikan persoalan ini.Sedang Suhana tidak menjelaskan kepadanya sejelas jelas duduk perkara sebenar.Dia bukanlah hendak menyibuk atau mengganggu tepi kain orang tapi dia cuma tidak mahu biarkan orang yang dia sayang diapa apakan.Dia memerhatikan Suhana yang sejak tadi menggerat sampah di laman.Minuman terhidang sejak dari tadi di atas meja belum lagi mereka sentuh.Zuleka turun meniti anak tangga sambil menuju ke laman sama.Dia berhenti memerhatikan anak anak bunga Melor yang ditanam di birai tangga.Masih belum berbunga jugak.Getusnya.Lalu Zuleka pergi bertenggek di atas paking tersedia di situ.Dalam ralik dia memerhatikan temannya sekali kedengaran bunyi enjin kereta menghala ke mari.Zuleka cepat cepat membetulkan telekum yang dipakainya.Suhana pula langsung mengendahkan apa di sekelilingnya ketika ini.Zukeka naik hairan melihat sikap temannya itu yang seolah tidak peka kepada keadaan di sekeliling.Zuleka sedikit bersedia menyambut ketibaan lagak gayanya.Dalam itu dia berasa ragu siapa sebenar siap berkereta ke mari.Menyedari kehadiran orang luar Suhana cepat cepat meluru lari sambil menuju ke dalam.Zuleka tetap tenang menanti di situ.Sejurus mematikan enjin kereta seorang lelaki separuh umur muncul dari but kereta sambil berjalan ke arah Zuleka.Sebentar dia bertanya.
"Dekat mana rumah si Pak Wel.Katanya...Dia pandai memanjat kelapa."
"Saya nak dia panjat esok pagi.Sini ke rumahnya?"
Tanya lelaki itu sambil selamba saja gayanya.Zuleka sambil kehairanan sambil memikir sesuatu di benaknya.Sebentar dia menjawab.
"Ya!Ayah saya..."
"Nak jumpa Ayah...Ya?"
Jawab Zuleka pula sambil mengusul.Dia meminta lelaki itu menunggu sebentar sambil dia berlari lari anak menuju masuk ke dalam.Tidak lama kemudian Mak Jenabpun tubit sambil menjenguk di muka pintu besar rumahnya.Mak Jenabpun bertanya.
"Ya!Ada apa tu?"
Tegur Mak Jenab kepada lelaki itu.
"Saya Seman...Anak Pak Su Derani dari Kampung Balik Bukit.Saya nak Pak Wel panjatkan kelapa besok pagi.Macam mana?"
"Ooh!Ingatkan apa tadi.Kebetulan pulak Pak kamu takda di rumah waktu ni.Dia pergi ke laut sejak pagi tak balik balik lagi.Agaknya...Malam ni baru dia sampai ke rumah.Tapi...Agak agaknya laah!"
Terang Mak Jenab.Lelaki itu termenung seketika sambil berfikir sesuatu.Sebentar lelaki itupun berkata.
"Oo...Jika dia pulang cakap sama dia saya minta datang ke rumah.Itupun jika dia tak penatlah."
"Haa!Yalah!"
Balas Mak Jenab pula ringkas.Lelaki itu tidak berkata apa lalu mendapatkan kenderaannya dan terus pergi.
Share this novel