Series
2027
"Kau harus bersabar.Akupun turut simpati dengan nasibmu Suhana."
Nasihat Zuleka kepada Suhana temannya.Dia sendiri tidak pernah menyangka yang Suhana boleh menjadi kecewa sehingga sebegini rupa.Seingat ingat Zuleka mereka sama sama membesar di kampung dan tiada pula pernah terdengar apa apa cerita tentang Suhana anak pungut.Dia berpaling sambil memerhatikan temannya itu.Segala cerita yang disampaikan oleh nenek Bayam dua hari lepas terlalu sukar untuk diterimanya apalagi Suhana sendiri.
"Kau tinggallah di sini dulu.Aku sekeluarga tidak keberatan.Tentang hasrat mak kau tu kau lupkan aje dulu."
Suahana berpaling memandang Zuleka.Dia hanya berdiam sambil memikirkan sesuatu.Sebentar Zuleka berkata lagi.
"Apa yang sedang kau fikirkan?"
"Aku tidak memikirkan apa apa...Aku buntu Zu."
Zuleka memegang tangan Suhana sambil cuba menyelami perasaan teman karibnya itu.Suhana tiba tiba berkata dan kali ini sedikit mengeluh.
"Aku tak sangka selama ini Aku hanya tertipu."
Kata Suhana lemah saja bunyinya.Tanpa dia sedari wajah kedua orang tuanya menerjah ke benak laman fikirannya.Dia menjadi lemah semula dan hatinaya seakan tidak merelakan dia pergi meninggalkan kedua mereka itu.Zuleka sejak dari tadi ghaib seketika tiba tiba muncul kembali dengan sedulang minuman si tangan.
"Hah!Ni...Baru lega betul."
Pelawa Zuleka sambil menuang minuman ke dalam gelas.Suhana memerhati Zuleka dan dalam pada itu timbul pula perasaan kagum terhadap temannya itu.Dia mencapai cawan di hadapannya lalu tanpa segan silu dia meneguk minunan sepuas puasnya.Sempat pula dia menjeling kepada Zuleka yang duduk di sebelahnya.Zuleka tidak pula menunjukan riaksi apa apa.Mereka sama sama menjamu selera di petang itu sambil sedar tak sedar hampir sepinggan penuh cucur udang habis dibelasah mereka berdua.
"Sedap juga kuih engkau..."
"Pandai kau masak."
Puji Suhana seketika setelah semuanya di langsaikan.
"Eh!Mestiii..."
"See the leg...lah!"
Balas Zuleka sambil berayor saja.Suhana tertawa mendengarnya.Sebentar Zuleka turut tertawa sama.Suasana di dalam rumah menjadi riuh damat dengan hilau tawa mereka berdua.Zuleka dalam duk ketawa sempat memerhatikan ibunya yang sedang meleroh rumput di laman rumah.Nasib Mak Jenab tidak terperasankan mereka.Ibunya yang sudah terlalu sebati dengan fael perangainya memang jarang memberi muka kepada nya.Zuleka kembali ke tempat duduknya semula.Sambil itu dia merenung ke air muka Suhana.
"Apa...Engkau tak nak mencuci badan ke?"
Tegur Zuleka.Sebentar dia berkata lagi.
"Aku fikir elok engkau pergi mandi dulu...Lagipun waktu Asar sudah hampir."
Usul Zuleka lagi.Di dalam hatinya bimbang juga kalau kalau Suhana merasa segan.Maklumlah bukannya biasa Suhana ke sini.Tambah pula keadaanya di ketika ini.Zuleka diam seketika sambil berfikir.Timbul lagi di dalam hatinya rasa kurang enak bila dia memikirkan kata katanya sebentar tadi.Suhana diperhatikannya sekali lagi.Dia tidak berkata apa apa.
"Apa kau fikir sekarang?"
Zuleka sekali lagi mengusul.
"Ya tak ya juga."
Jawab Suhana.Zuleka tiba tiba membingkaa bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke bilik.Sebentar dia kembali sambil sehelai tuala di tangan.
"Kau pergilah bersalin di bilik engkau tu.Sekarang kaulah penghuninya."
"Haa!Yalah!"
Suhana tanpa berkata apa apa terus ke bilik.Dia seakan tidak berasa kekok dengan keadaannya sekarang walhal di hatinya Tuhan sajalah yang tahu.Selesai saja dia terus kembali masuk ke bilik.Di situ Zuleka sudah bersedia dengan hamparan sejadah.Suhana sedikit terperanjat bila melihatnya lalu berkata kepda temannya itu.
"Masa bila awak siap?"
Zuleka tersenyum mendengar pertanyaan temanya itu.
"Alah...Aku ke telaga di bawah sebentar tadi."
Jawab Zuleka sambil rasa nak ketawa pula.Kenapa tidaknya.Selama ini dia tidak pernahpun ke telaga itu.Sementelah pula semenjak ada dipasang air paip ke rumah.Sejak itu mereka jarang sudah menggunakannya.Suhana hanya mengangguk saja tanda faham.
"Haa!Jomlah kita berjemaah."
Tegur Suhana.
"Oh!Ha...Yalah!"
Jawab Zuleka pula.
Mereka menyempurnakan solat Asar empat rukaat bersama sama sambil Zuleka mengepalai mereka.Suhana sedang berada di sebelah kiri Zuleka pula rasa nak tergelak kerana tidak pernah seumur hayatnya merasa begini.Yalah selama ini dia mendirikan solah sendirian dan cuma sekali sekala saja mereka skeluarga berjemaah.Itupun jika Ayah Cik Loh kelapangan dan tidak kepenatan.Selesai solah mereka bersurai sambil Suhana merebahkan badan ke tilam tersedia di situ.Zuleka pula merasakan biarlah Suhana diberi ruang waktu dan lebih baik dia berehat untuk seketika.
Share this novel