Bab 6

Romance Completed 5241

Afiq Rayyan menghentikan motor miliknya agak jauh dari kawasan bangunan
yang terbengkalai itu.

" Sini ke?" Soal Afiq Rayyan kepada dirinya sendiri. Matanya memandang
kearah bangunan dihadapannya,dan sesekali memandang kearah skrin telefon
bimbitnya.

Afiq Rayyan menapak perlahan-lahan kearah bangunan tersebut,agar tidak
diketahui oleh si penculik.

Sepucuk pistol kemas tergenggam di tangannya. Perlahan-lahan dia
melangkah menaiki tangga. Dia menghentikan langkahnya apabila mendengar
suara-suara orang bercakap disebalik dinding tempat dia berdiri.

Afiq Rayyan merapatkan dirinya pada dinding untuk mendengar perbualan
mereka,namun hampa. Mereka langsung tidak ada menyebut nama ketua
mereka. Dan sayup-sayup suara tersebut semakin menjauh .

Perlahan-lahan Afiq Rayyan menjenguk,dan ternyata tidak ada orang. Dia
memandang sekeliling,yang ada hanyalah sebuah bilik yang pintunya
tertutup. Dia memghampiri,lalu memulas tombol pinntu tersebut,ketat
terkunci. Dia mengeluh,kuat.

"Isya!" Panggil Afiq Rayyan sambil mengetuk perlahan pintu tersebut.

Nala Batrisya yang sedang menekupkan wajahnya pada lutut,tersentak. Dia
seperti mendengar sayup-sayup suara orang memanggilnya bersama ketukan
dipintu.

"Isya!" Panggil suara itu lagi.

'Siapa tu? Siapa pula yang panggil nama aku. Lagipun mana ada orang yang
panggil aku Isya melainkan Papa dan Mak je. Tapi ini bukan suara
papa,apatah lagi mak. Suara siapa ek? Takkan pula penculik tu.' Bisik
hatinya. Nala Batrisya berdiri mendekati pintu.

'Suara ni macam kenal.Isya! Siapa lagi yang panggil aku Isya selain papa
dan mak. Melainkan...' barulah Nala Batrisya terfikirkan seseorang.

" Isya!" Panggil suara iti buat sekian kalinya.

"Rayyan,awak ke tu?" Balas Nala Batrisya sebaik dia mampir kearah pintu.

Diluar,Afiq Rayyan gembira sebaik memdengar suara Nala Batrisya didalam.

"Isya! Awak tak apa-apa?" Tanya Afiq Rayyan risau.

"Rayyan,saya takut. Tolonglah keluarkan saya dari sini." Tangis Nala
Batrisya dari dalam. Afiq Rayyan pula semakin resah,takut jika penculik
itu datang semula.

"Isya! Jauhkan diri awak dari pintu,saya akan cuba pecahkan pintu ni."
Arah Afiq Rayyan kepada Nala Batrisya yang berada didalam.

Nala Batrisya menuruti arahan Afiq Rayyan agar menjauhi pintu. Dia
bergerak kearah tepi dinding,menunggu pintu tersebut dipecahkan oleh
Afiq Rayyan.

Afiq Rayyan menyelitkan pistol pada pinggangnya sebelum dia bersedia
untuk menendang pintu itu.

Nala Batrisya terkejut sebaik pintu tersebut begegar kuat,namun masih
tidak terbuka. Sekali lagi,Afiq Rayyan cuba menendang,namun hampa. Pintu
itu hanya bergegar kuat tapi tidak terbuka.

Afiq Rayyan mengeluh kasar.

" Satu je lagi cara nak pecahkan pintu ni . Aku kena tolak guna badan,
pedulikan bahu ni. Yang penting Isya kena selamat keluar dari sini."
Afiq Rayyan berbisik sendiri,sambil memegang bahu kanannya yang
mempunyai tampalan luka kesan tembakan tempoh hari.

" Aku kena juga guna sebelah kanan ni,kalau belah kiri aku tak berapa
kuat nak pecahkan."

Afiq Rayyan bergerak beberapa langkah ke belakang,bersedia untuk
merempuh pintu tersebut dengan bahunya. Dia sudah tidak memikirkan
kesakitan yang bakal diterimanya nanti,yang penting Nala Batrisya mesti
selamat. Itulah tekad hatinya.

Dia berlari lalu merempuh kuat pintu tersebut,menyebabkan pintu itu
bergegar bagaikan hendak tercabut,namun malangnya dia belum lagi berjaya.

"Argh!!" Teriak Afiq Rayyan kesakitan,sambil mencengkam erat bahunya.
Bajunya mula menunjukkan tompokkan darah semakin banyak pada bahagian
luka tersebut.

Nala Batrisya yang mendengar jeritan kesakitan Afiq Rayyan menjadi risau.

"Rayyan! Awak tak apa-apa ke?" Tanya Nala Batrisya dengan nada yang risau.

''Tak..saya tak apa-apa. Awak duduk jauh dari pintu,saya nak cuba lagi."
Balas Afiq Rayyan sedikit bergegar suaranya,menahan kesakitan yang
semakin menyengat. Perlahan -lahan dia berdiri lalu bergerak kearah
tempatnya tadi.

Tangan kirinya masih menekup bahu yang mula mengalirkan darah ke lengan.
Dia menarik nafas dalam sebelum merempuh sekali lagi dengan sepenuh
tenaganya,dan akhirnya pintu tersebut berjaya terbuka. Afiq Rayyan
terbaring di dalam dek kerana terlalu kuat rempuhannya. Nala Batrisya
pula terjerit kecil,dek kerana terkejut tiba-tiba sahaja pintu tersebut
terbuka.

"Argh!!" Sekali lagi Afiq Rayyan memgaduh,menarik perhatian Nala
Batrisya untuk bergerak ke arahnya. Wajah Afiq Rayyan berkerut menahan
kesakitan.

Pantas Nala Batrisya menarik tubuh Afiq Rayyan agar terlentang
menghadapnya. Terlopong mulutnya sebaik melihat darah banyak pada bahu
Afiq Rayyan. Malah ada yang sudah mengalir pada lengan Afiq Rayyan.

"Ya Allah, Rayyan! Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Nala Batrisya
sewaktu dia membantu.mendudukkan Afiq Rayyan. Namun sebaliknya,Afiq
Rayyan tidak menjawab ,dia pantas berdiri lalu menghulurkan tangan
kepada Nala Batrisya.

" Kita kena cepat keluar dari sini,dah tak ada masa lagi. Cepat Isya."
Gesa Afiq Rayyan. Nala Batrisya menyambut huluran tangan Afiq
Rayyan,lalu mereka berlari kearah tangga untuk turun kebawah.

Langkah mereka terhenti sebaik
terdengar derap kaki seseorang menaiki tangga.Mereka berdua tidak jadi
turun kebawah,sebaliknya berlari ke tingkat atas.

Afiq Rayyan berhenti melangkah sebaik merasa matanya mula
berpinar-pinar. Nala Batrisya turut berhenti melangkah,lalu bergerak
mendekati Afiq Rayyan.

"Awak ok tak ni!?" Tanya Nala Batrisya risau sebaik melihat Afiq Rayyan
tersandar pada dinding dengan dahi berkerut,menahan kesakitan. Bibirnya
mula bertukar pucat.

"Teruk sangat dah awak ni. Apa
kata kita rehat dulu." Cadang Nala Batrisya,mengajak Afiq Rayyan untuk
duduk ditangga.

Tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience