"Encik Afiq,ini biliknya.Makcik turun dulu ye,kalau Encik Afiq nak
apa-apa bagitahu je Makcik." beritahu Makcik Suri sebelum dia berpaling
untuk turun semula.
"Err..makcik."panggil Afiq Rayyan.Pantas sahaja Makcik Suri berpaling
semula.
"Ya encik."
"Saya rasa makcik tak perlu lah ber'encik2' bagai dengan saya. Saya ni
pun pekerja aje macam makcik juga kan,lagipun saya muda
lagi,jadi...makcik panggil ajelah saya Afiq ye"arah Afiq Rayyan lembut
membuatkan Makcik Suri tersenyum lebar.Beliau mengangguk tanda
faham.Tiba-tiba sahaja pintu bilik di sebelah bilik Afiq Rayyan
terbuka,dan terjegul lah sesusuk tubuh gadis keluar dari dalam bilik
tersebut.Gadis itu terkesima sebaik sahaja terlihat seorang lelaki yang
tidak dikenali di sebelah biliknya.
"Mak,siapa lelaki ni?"soal gadis itu kepada Makcik Suri.Afiq Rayyan juga
bagaikan terkesima melihat gadis itu..
'Cantiknya dia'bisik Afiq Rayyan di dalam hati.Makcik Suri menghampiri
gadis tersebut.
"Isya,lelaki ni bodyguard Isya.Nama dia Afiq."terang Makcik Suri.Terus
Nala Batrisya menoleh kearah Makcik Suri.
"Bodyduard?bila masa pula Isya upah bodyguard?"tanya Nala Batrisya.
"Afiq ni,papa Isya yang upah untuk jaga Isya,dia juga driver Isya
tau."terang Makcik Suri lagi
"Selamat pagi,Cik Nala."Afiq Rayyan menunjukkan tanda hormatnya dengan
memanggil Nala Batrisya sebagai Cik.Nala Batrisya memandang Afiq Rayyan
pelik.
'Dengan pakai sut bagai,aku ingatkan bodyguard macam ni wujud dalam tv
je'bisik hati Nala Batrisya.
"Papa yang upah?Nak buat apa pula.Bukannya ada orang kacau Isya
pun."tanya Nala Batrisya.
"Emm..itu Isya kena tanya papa Isya sendiri"balas Makcik Suri.Pantas
sahaja Isya menuruni anak tangga menuju keruang tamu.
"Afiq,itulah Nala Batrisya.Satu-satunya anak Dato'Jaafar."beritahu
Makcik Suri tanpa disuruh sebaik sahaja bayang Nala Batrisya tidak
kelihatan.Afiq Rayyan mengngguk tanda faham.
"Dah lah,makcik turun dulu.Nak sediakan sarapan untuk Dato' dan
Isya.Afiq pun,lepas letak barang turunlah ye,sarapan sekali."
"Baiklah makcik."jawab Afiq Rayyan sebelum Makcik Suri menuruni anak
tangga untuk ke bawah.
*****
"Papa!"panggil Nala Batrisya sebaik sahaja dia melihat kelibat Dato'
Jaafar duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar.Dato'Jaafar
lantas melipat surat khabar yang dibacanya sebaik sahaja mendengar suara
anak tunggalnya itu.
"Papa,kenapa Isya perlu ada bodyguard bagai.Bukannya ada orang kacau
Isya pun,ke papa dah tak percayakan Isya."marah Nala Batrisya.
"Bukan macam tu sayang,papa cuma risaukan keselamatn Isya aje.Lagipun
papa kan ahli perniagaan yang berjaya,tentu lah ramai yang cemburu.Papa
tak nak diorang apa-apa kan anak papa ni"lembut Dato'Jaafar menuturkannya.
"Habis tu,kenapa pula Isya yang kena ada bodyguard.Papa yang lebih
perlukan berbanding Isya tau.Lagipun, Isya ni masih belajar la
papa.Takkan la mamat tu nak ikut Isya kehulu kehilir dengan kawan-kawan
Isya.Rimas la nanti,Pa."balas Nala Batrisya.Pada masa itu juga, kelibat
Afiq Rayyan menuruni anak tangga siap dengan memakai sut hitam lalu
menuju kearah Dato' Jaafar.
"Papa tengoklah tu.Takkan dia nak ikut Isya dengan baju macam ni,dah
macam orang nak pergi pejabat je gaya.Itu belum lagi nanti bila dia
pakai cermin mata hitam tu lagi,ish! Tak nak la Isya,tak pasal-pasal
nanti jadi tumpuan orang."bebel Nala Batrisya.
" No! Nala Batrisya.Kamu kena dengar cakap papa.Bila papa kata
mesti,mesti Nala Batrisya."marah Dato'Jaafar.Wajah Nala Batrisya berubah
keruh lalu dia memandang geram kearah Afiq Rayyan.
'Kau tunggu lah nasib kau,bodyguard tak guna.Aku akan buat kau kena
pecat oleh papa' Nala Batrisya berbisik didalam hati sambil matanya
tajam merenung Afiq Rayyan yang bagaikan tidak ada perasaan
langsung.Nala Batrisya merengus geram,lantas berlalu menuju ke meja makan.
"Awak dengar sini Rayyan.Awak kena pastikan Nala tak tahu apa-apa pasal
benda ni.Saya tak nak dia risau,faham?"arah Dato'Jaafar kepada Afiq Rayyan.
"Saya faham, Dato'."
"Bagus.Lepas sarapan ni, saya nak awak hantar dia ke kolej.Awak ikut ke
mana aje dia pergi.Sekiranya dia didalam kelas,pastikan awak sentiasa
duduk di luar dan jangan pergi ke mana-mana."arah Dato'Jaafar lagi.
"Baik Dato',saya faham."jawab Afiq Rayyan.Sejurus kemudian,mereke
bersama-sam bergerak ke arah meja makan untuk bersarapan.
Share this novel