Bab 7

Romance Completed 5241

Tiba-tiba...

" Cari dorang kat atas. Cepat!!" Gema suara seseorang mengarah, jelas
kedengaran hingga ketempat Afiq Rayyan dan Nala Batrisya berhenti. Derap
kaki berlari mula kedengaran dari bawah.

" Kita kena lari,cepat Isya." Afiq Rayyan menggagah kan dirinya untuk
berlari,dia menarik tangan Nala Batrisya agar mengikutnya. Nala Batrisya
terkial-kial mengejar langkah Afiq Rayyan yang pantas.

Afiq Rayyan membawa Nala Batrisya berselindung di balik dinding . Dia
meletakkan jari pada bibirnya,tanda senyap.

Afiq Rayyan mengeluarkan semula pistol yang diselitkan pada pinggangnya
tadi. Dia cuba memasang telinga,mendengar bunyi-bunyi yang menghampiri.

Baru dia hendak melangkah,lengannya ditarik oleh Nala Batrisya seolah
menahan dirinya daripada pergi. Nala Batrisya menggeleng tidak membenarkan.

"Jangan,please!" Pinta Nala Batrisya,dalam keadaan berbisik. Afiq
Rayyan menghadap kearah Nala Batrisya.

" I have to, Saya kena pastikan awak keluar dari sini dengan selamat"
Bisik Afiq Rayyan,membalas permintaan Nala Batrisya yang menghalang
dirinya pergi.

"Tapi...tapi,awakkan tengah cedera ni. Kita tunggu jelah bantuan sampai.
Takkan awak nak berlawan sorang-sorang dengan luka awak yang teruk macam
ni. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kita tunggu bantuan ajelah ,ye!?"
Pinta Nala Batrisya lagi. Dia sebenarnya tidak sanggup melihat Afiq
Rayyan cedera lagi. Luka dibahu Afiq Rayyan itu pun dah cukup parah,dan
telah membuatkan hatinya bagai disiat-siat setiap kali memandang wajah
Afiq Rayyan yang berkerut menahan kesakitan.

"Tak sempat kalau nak tunggu bantuan sampai,saya kena bertindak sekarang
sebelum dorang apa-apa kan awak. Maaf kalau kali ni saya langgar arahan
awak,tapi ini untuk keselamatan dan kebaikan awak juga. Awak cuma perlu
tunggu kat sini sampai lah pihak polis datang. Okey!?" Arah Afiq Rayyan.
Dia tidak mempedulikan permintaan Nala Batrisya sebentar tadi.

Nala Batrisya menggenggam sebelah tangan Afiq Rayyan dengan erat,tidak
membenarkan Afiq Rayyan bergerak meninggalkannya. Dia menggeleng dengan
mata yang mulai berkaca. Hatinya tidak tenang saat ini,dia merasakan
Afiq Rayyan seperti akan pergi jauh darinya.

Sayu hati Afiq Rayyan melihat airmata Nala Batrisya yang mulai menitis.
Dia tahu,Nala Batrisya menangis kerana risaukan dirinya,tambahan lagi
dia sememangnya telah cedera sejak awal lagi.

" I'm sorry for make you cry ." Afiq Rayyan menyapu titisan airmata di
pipi Nala Batrisya. Dia terjeda seketika,merenung anak mata Nala
Batrisya dalam. Bagaikan menghantar sebuah isyarat kepada Nala
Batrisya,sebuah isyarat yang lahir dari lubuk hatinya paling dalam.

Nala Batrisya turut membalas renungan mata Afiq Rayyan,umpama ini adalah
pertemuan mereka yang terakhir.

" I love you,my bodyguard." Ucap Nala Batrisya tiba-tiba. Afiq Rayyan
terkesima.

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman bersama mata yang berkaca.
Setitis airmata lelakinya menitik,airmata gembira dan juga sedih.

"Maafkan saya' bisik Afiq Rayyan di dalam hati.

"I'm sorry but ...I have to do this." Seraya berkata,Afiq Rayyan
menghentak belakang tengkuk Nala Batrisya kuat menggunakan belakang
pistol yang dipegang.

Nala Batrisya terus terkulai pengsan sebaik dihentak,genggamannya turut
terlerai pada tangan Afiq Rayyan.

"I love you too,Nala Batrisya." Balas Afiq Rayyan sedih.

********-
"Bos,ada darah." Tunjuk salah seorang penculik kepada ketua mereka.
Lelaki yang dipanggil bos itu menghampiri dinding yang mempunyai kesan
darah padanya.
'Mana lagi korang nak lari...' tawanya di dalam hati.

"Dorang kat atas,pergi cari!" Arah lelaki itu,tegas. Konco-konconya
berlari dengan parang dan kapak didalam genggaman.

Tiba-tiba kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan. Lelaki itu
melangkah pantas menuju kearah bunyi tersebut bersama 3 lagi konconya
yang tinggal bersamanya tadi.

Sebaik dia melangkah ke tempat tersebut,kelihatan konco-konconya sudah
terbaring. Ada yang masih mengerang,menahan sakit kesan tembakan.

Dia berpaling sebaik mendengar bunyi bagaikan orang bergaduh dari arah
belakangnya. Kelihatan Afiq Rayyan sedang membelasah orangnya sehingga
lembik. Pistol nya sudah dicampak kerana kehabisan peluru. 6 butir
peluru telah habis digunakan.

Afiq Rayyan berpaling apabila mendengar bunyi tepukan tangan dari arah
kanannya. Matanya terbeliak memandang lelaki tersebut.

"Encik Rizwan,?! " sebut Afiq Rayyan pelik.

"Kenapa? Terkejut ke?" Sinis senyuman Encik Rizwan lemparkan kepada Afiq
Rayyan.
Afiq Rayyan bergerak kearah Encik Rizwan perlahan-lahan sehinggalah
jarak diantara mereka hanya tinggal beberapa
langkah sahaja lagi.

" Apa Encik Wan buat kat sini? Siapa mereka semua?" Soal Afiq Rayyan
yang menginginkan penjelasan. Rizwan ketawa sebaik mendengar soalan yang
keluar dari bibir Afiq Rayyan. Konco-konconya turut tersenyum sinis.

"Apa aku buat kat sini? Hah! Sepatutnya soalan tu untuk kau ,Afiq Rayyan. "

" Ini tempat aku,dan semua ni orang -orang aku,sial!" Teriak Rizwan
tiba-tiba. Terkejut Afiq Rayyan mendengar teriakan Rizwan. Bergema suara
Rizwan didalam bangunan.

"Mana perempuan tu?"

"Aku takkan bagitahu kau." Jawab Afiq Rayyan. Penumbuknya
digenggam,geram. Dia tidak menyangka ketua nya merupakan dalang di
sebalik penculikan ini.

"Aku tanya baik-baik kau tak nak jawab,apa kata kita buat dengan cara
kasar pula. Kita tengok kau nak jawab atau tak?" Rizwan mengarahkan
ketiga-tiga konconya menyerang Afiq Rayyan.

Afiq Rayyan membuka langkah,bersedia untuk berlawan. Rizwan pula
memandang Afiq Rayyan yang telah dikepung dengan senyuman yang sinis.

Ketiga-tiga mereka menyerang serentak. Afiq Rayyan menepis dan memukul
mereka sepenuh tenaga. Sesekali Afiq Rayyan akan terbaring akibat
dipukul,namun dia akan cepat-cepat berdiri untuk bersedia.

Dua orang telah berjaya ditumbangkan oleh Afiq Rayyan,dan kini hanya
tinggal seorang sahaja lagi.

Afiq Rayyan termengah-mengah cuba mengatur pernafasan. Matanya kembali
berpinar-pinar,pening. Dia tertunduk sambil memicit pelipis mata cuba
menghilangkan pening. Lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari poketnya.

"Mati kau!" Teriak lelaki itu,lalu berlari kearah Afiq Rayyan sambil
menghunus pisau ditangannya.

Afiq Rayyan tersentak mendengar jeritan itu pantas mengangkat kepalanya
memandang kehadapan. Afiq Rayyan hanya mampu melihat lelaki itu yang
semakin menghampirinya.

Dan pada saat pisau itu hampir mengena perutnya, Afiq Rayyan sempat
menahan dengan tangannya. Pisau itu digenggam untuk menghalang dari
terbenam keperutnya. Lelaki itu tersenyum lantas...

Zapp!

Pisau ditarik dari genggaman Afiq Rayyan.

"Argh!!" Teriaknya kesakitan. Darah mulai menitik dari tapak tangan Afiq
Rayyan. Tapak Tanggannya dipenuhi darah,kesan koyakan yang
panjang kelihatan.

'Pang!!

Afiq Rayyan mengerang kesakitan lagi. Kali ini peha kirinya pula
ditembak,menyebabkan Afiq Rayyan terus terbaring. Banyak darah yang
keluar dari luka yang diterimanya.

"Hoi bodoh,kau tengok siapa aku jumpa!" Panggil Rizwan tiba-tiba. Afiq
Rayyan yang mulai lemah,memandang kearah Rizwan.

"Rayyan!" Kelihatan Nala Batrisya sudah menangis teresak-esak sambil
memandangnya. Rambutnya ditarik kuat oleh Rizwan,sesekali dia akan
terjerit kecil.

"Lepaskan dia,tak guna!" Marah Afiq Rayyan. Dia memaksa dirinya untuk
berdiri,meskipun payah.

"Ucapkan selamat tinggal pada Afiq Rayyan." Bisik Rizwan ditelinga Nala
Batrisya.

Nala Batrisya menjerit menyebut nama Afiq Rayyan kuat,serentak dengan
bunyi sedas tembakan.

Rizwan tiba-tiba sahaja melorot jatuh,membuatkan Nala Batrisya
terkesima. Pantas dia berpaling kebelakang,kelihatan sepasukan anggota
polis berada di belakangnya. Dato'Jaafar turut kelihatan. Airmatanya
mengalir gembira,lantas berlari kearah Afiq Rayyan.

Namun hanya tinggal beberpa langkah,tiba-tiba sahaja Afiq Rayyan rebah
sambil memegang dada nya. Larian Nala Batrisya terhenti.

Rupa-rupanya Rizwan sempat melepaskan sedas tembakan serentak dengan
tembakan yang mengena pada dirinya tadi.

"Rayyan,tolong sedar." Rayu Nala Batrisya dengan juraian airmata.
Tangannya menggoyang-goyangkan tubuh kaku Afiq Rayyan.

Mata Afiq Rayyan hanya terkatup rapat meskipun berulang kali telah
dipanggil. Nala Batrisya menangis lagi dan lagi sehinggalah dia
tiba-tiba pengsan di sebelah Afiq Rayyan yang kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience