"Papa, Isya keluar dulu." Ujar anak tunggal Dato'Jaafar.
"Isya nak pergi mana? Isya kan masih belum sihat lagi." Balas
Dato'Jaafar risau. Pada waktu itu, Afiq Rayyan baru sahaja melangkah
keluar dari arah dapur bersama segelas air kosong. Berkerut dahinya
sebaik mendengar kata-kata Nala Batrisya.
'Aik! Bukan doktor bagi dia surat cuti untuk 2 hari ke?' Tanya Afiq
Rayyan kepada dirinya sendiri.
"Isyadah sihat.Boring la kalau duduk kat rumah je,Isya nak pergi
jalan-jalan."
"Tapi Isya..."
"Papa! Sejak bila papa risaukan Isya,selama ni papa tak pernah pun
pedulikan Isya.Papa asyik sibuk dengan kerja papa,sikit-sikit
papaoutstation, tak pun pergi main golf dengan kawan-kawan papa. Isya
ni,ada papa kisah? Ada papa ambil tau tentang Isya. Tak ada papa,tak
ada...Isya kecewa dengan papa." Seusai berkata,Nala Batrisya berlalu
keluar bersama linangan airmata menuju kearah keretanya. Dato'Jaafar
terkedu mendengar luahan anak tunggalnya,yang nyata telah lama memendam
rasa.
"Dato'." panggil Afiq Rayyan sebaik menghampiri Dato'Jaafar.
"Apa aku dah buat?" Ucap Dato' Jaafar perlahan,lebih kepada dirinya sendiri.
Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan.Dato'Jaafar tersentak.
"Rayyan,awak pergi ikut Isya. Jangan biarkan dia seorang diri!"arah
Dato' Jaafar tiba-tiba. Afiq Rayyan mengangguk tanda faham,lantas dia
berlari kearah biliknya untuk mengambil kunci motor miliknya.
Sebaik dia keluar dari pintu,Nala Batrisya baru melepasi pintu pagar
Villa mereka pantas dia mendapatkan motor Ducati nya yang berwarna
kuning lalu memecut mengejar kereta yang dipandu oleh Nala Batrisya.
Topi keledarfullface miliknya sempat disarungkan ke kepala sebelum
menghidupkan enjin motornya.
Afiq Rayyan bernasib baik kerana kereta yang dipandu oleh Nala Batrisya
masih tidak jauh,lantas Afiq Rayyan mengekori dari arah belakang selang
beberapa buah kereta agar tidak diketahui oleh Nala Batrisya sehinggalah
Nala Batrisya berhenti di sebuah taman rekreasi.
Nala Batrisya berjalan menuju ke salah sebuah kerusi panjang yang
menghadap ke arah tasik buatan. Suasana taman agak ramai,namun tidak
berhampiran dengan tempat duduk Nala Batrisya. Maklumlah,waktu petang.
"Ehem" suara orang berdehem mengejutkan Nala Batrisya yang termenung
memandang ke tengah tasik. Dia pantas mendongak ke arah suara
itu,kelihatan Afiq Rayyan bersama senyum manisnya.
"Boleh saya duduk?"
"Emm.." balas Nala Batrisya malas. Afiq Rayyan segera melabuhkan
duduknya disebelah Nala Batrisya.
Keadaan hening seketika,kedua-duanya diam membisu.
"Cik Nala." Afiq Rayyan memecahkan kebisuan antara mereka.
"Awak tak boleh ke bagi saya sedikit ruang untuk saya bersendirian!?
Tolong jangan ganggu saya." Bentak Nala Batrisya.
"Cik Nala,saya datang ni tak ada niat pun nak ganggu. Saya cuma nak
bantu dan saya sudi dengar apa sahaja masalah,cik"
"Awak cuma bodyguard aje,dan tak mustahil awak akan laporkan kat papa
segala yang saya katakan." Nala Batrisya kembali mengalirkan airmata
"Awak...awak anggap je kehadiran saya ni sebagai kawan awak,bestfriend
awak yang boleh awak kongsikan segala-galanya. Buat masa ni jangan
anggap sayaas your bodyguard. Just let me be your friend for awhile.
Saya janji saya takkan beritahu Dato' apa-apa yang awak akan
katakan.Promise!" Afiq Rayyan mengangkat tangannya persis orang
berikrar. Terlepas tawa di bibir Nala Batrisya melihat kesungguhan Afiq
Rayyan,siap membuat angkat sumpah lagi. Afiq Rayyan tersenyum senang.
You'll also like
"That's my lovely princess. Kan cantik bila awak ketawa macam ni."
Puji Afiq Rayyan,membuatkan muka Nala Batrisya berubah merah. Diserbu
malu buatnya.
*****
Sebulan berlalu...
Hubungan Nala Batrisya dan Afiq Rayyan semakin erat sejak kejadian di
taman tempoh hari. Dihadapan Dato'Jaafar mereka bagaikan majikan dan
bodyguard. Namun sebaliknya,mereka kini bagaikan rakan karib. Terlalu
rapat dan mesra.
Suatu malam,Nala Batrisya mengajak Afiq Rayyan menemaninya ke laman
rumah. Memandangkan Dato'Jaafar baru sahaja 2 harioutstation,jadi
hanya mereka berdua dan Makcik Suri sahaja yang tinggal di villa itu.
"Rayyan...awak pernah jatuh cinta tak?" Soal Nala Batrisya sebaik mereka
duduk dikerusi yang sememangnya tersedia di laman rumah tersebut.
"Kenapa tanya?" Ujar Afiq Rayyan sambil tersenyum nakal.
"Saja...nak tau." Makin melebar senyuman Afiq Rayyan.
"Afiq,Isya..apa yang disembangkan kat luar ni? Patut la sunyi je ruang
tamu tu." MakCik Suri bertanya.
"Eh..makcik! Marilahduduk dengankami sekali." Ajak Afiq Rayyan
mesra. Nala Batrisya tersenyum manis tanda mengiyakan.Makcik Suri
melabuhkan duduknya disebelah Nala Batrisya.
"Dah sebulan pun Afiq tinggal kat sini ,cepatnya masa berlalu kan." Ujar
Makcik Suri sambil memandang kearah Afiq Rayyan. Afiq Rayyan mengangguk
tanda mengiyakan.
"Makcik nak tanya,Afiq ni tak adagirlfriend atau tunang ke? Sebab
makcik tengok Afiq ni tak pernah la keluar melainkan ikut Isya ni aje."
Terlepas tawa Afiq Rayyan mendengar kata-kata Makcik Suri. Makcik Suri
pula hanya tersenyum,namun tidak bagi Nala Batrisya. Hatinya cemas
menunggu jawapan dari Afiq Rayyan.
"Ada..." balas Afiq Rayyan ringkas,sambil tersenyum kecil. Nyata wajah
Nala Batrisya berubah kecewa.
"Mesti cantikteman wanita Afiq tu?" Tanya Makcik Suri senang.
"Cantik..tersangat cantik,makcik. Dia perempuan paling cantik pernah
saya jumpa." Balas Afiq Rayyan gembira. Nala Batrisya mula memandang
kearah lain,melepaskan keluhan kekecewaan.
"Jadi dia tak marah ke bila Afiq tak bawa diadating?" Soal Makcik Suri
lagi. Pada masa ini,mata Afiq Rayyan mula menala kearah Nala Batrisya
bersama senyum manisnya.
"Siapa kata saya tak pernahdating dengan dia...setiap hari saya
jalan-jalan dengan dia,ikut dia ke mana aje." Balas Afiq Rayyan
tersenyum gembira,sebaik melihat Nala Batrisya mula berdiri untuk
meninggalkan mereka.
"Eh, Isya nak pergi mana? Tanya Makcik Suri.
"Isya nak pergi buat air,tentu banyak lagi yang makcik nak borak dengan
Afiq kan. Tiba-tiba pula tekak ni rasa haus." Balas Nala batrisya perlahan.
"Tak payah, Isya. Biar mak yang buatkan,Isya duduk sini dengan Afiq."
Ujar Makcik Suri sebelum berlalu ke dapur. Perlahan-lahan Nala kembali
ke kerusinya.Afiq Rayyan tersenyum kecil melihat wajah cemberut Nala
Batrisya.
"Kenapa diam aje,wahai Cik Nala Batrisya?" Tegur Afiq Rayyan.
"Tak ada benda nak cakap,jadi saya diamlah." Balas Nala Batrisya,namun
wajahnya tidak memandang kearah Afiq Rayyan.
"Oh ya! Pasal soalan yang awak tanya tadi,tentang saya pernah jatuh
cinta tu..."
"Dahlah,tak perlu awak jawab pun. Saya dah dengar pun tadi." Balas Nala
Batrisya malas.
"Eh! Saya kena jawab. Sebab ini berkaitan dengan awak." Ujar Afiq Rayyan
sambil tersengih.
"Hei! Saya tak ada kena mengena lah dengangirlfriend awak tu." Bentak
Nala Batrisya,memandang kearah Afiq Rayyan.
"Betul...awak berkaitan la."
"Rayyan,saya merayu dengan awak. Tolong hentikan soal cinta awak ni.
Saya dah tak sanggup nak dengar,sebab...sebab ia makin melukakan hati
saya. Tolonglah Rayyan!" Rayu Nala batrisya bersama mata yang berkaca.
Afiq Rayyan terkesima.
"Tapi kenapa?" Tanya Afiq Rayyan,meskipun dia telah pasti jawapannya
"Sebab saya sukakan awak." Lantas Nala Batrisya berdiri,mahu
meninggalkan Afiq Rayyan.
"Isya,tunggu!" Panggil Afiq Rayyan yang turut berdiri. Langkah Nala
Batrisya terhenti,lalu Afiq Rayyan mendekati Nala Batrisya.
"Maksud awak...awak cintakan saya." Bisik Afiq Rayyan ditelinga Nala
Batrisya. Dia mengangguk bersama juraian airmata.
Afiq Rayyan melepaskan keluhan lega,lalu mengucapkan syukur setelah
melihat anggukan Nala Batrisya. Nala Batrisya pula pantas berpaling
kearah Afiq Rayyan.
Afiq Rayyan berdehem sebelum memandang tepat ke anak mata Nala Batrisya.
Gugup Nala Batrisya memandang panahan anak mata Afiq Rayyan yang
ternyata telah menusuk ke hatinya.
"Nala Batrisya, I love you too." Ucap Afiq Rayyan penuh romantik.
Share this novel