"Dato', disini ada surat untuk untuk Dato'."ujar Azlin,PA Dato' Jaafar
sambil menyerahkan sampul berwarna coklat kepada Dato' Jaafar.
"Dari siapa?"soal Dato' Jaafar setelah dibelek sampul
tersebut.Ternyata,tidak dinyatakan siapa pengirimnya.
"Saya pun tak pasti,sampul tu memang dah ada kat atas meja saya sejak
pagi tadi"beritahu Azlin.Dato'Jaafar mengangguk faham.
"Hurm..takpe lah,awak boleh keluar.Terima kasih."arah Dato'Jaafar.
"Sama-sama Dato'.Saya keluar dulu."Azlin meminta diri untuk
keluar.Sebaik sahaja Azlin keluar,Dato'Jaafar meletakkan sampul tersebut
ke dalam laci,kemudian beliau menyambung semula kerjanya yang tertangguh
tadi.
Namun,Dato'Jaafar mula berasa tidak sedap hati dan akhirnya Dato'Jaafar
mengambil keputusan untuk membuka surat tersebut.Sebaik sahaja beliau
melihat isi sampul tersebut,mulutnya terlopong.Sepucuk surat ugutan
berserta gambar seorang gadis,sebetulnya gambar anak gadisnya.
Dato' Jaafar mula berasa susah hati selepas membaca surat tersebut.
Jaa'far,kau mesti ganti rugi apa yang kau dah buat dekat aku.Hutang
nyawa mesti dibalas dengan nyawa,Jaafar.Jadi,biar lah anak kau menjadi
galang gantinya.
Dato' Jaafar mula memikirkan keselamatan anaknya itu.Tidak lama
kemudian,Dato'Jaafar terfikirkan sesuatu.
"Bodyguard"ucapnya perlahan.
*****
"Afiq Rayyan,awak ditugaskan untuk menjaga anak perempuan Dato'
Jaafar.Nama dia Nala Batrisya."arah Encik Rizwan,ketua Syarikat The
security.
"Dalam ni ada profile dan gambar anak perempuan Dato'Jaafar,awak boleh
baca nanti.Inijob description awak,Dato' Jaafar yang tulis sendiri.Dia
nak awak patuh semua arahan dia."beritahu Encik Rizwan.
Afiq Rayyan membaca JD yang diberikan.
1.Sentiasa bersama Nala.
2.Menjadi driver sementara Nala sehingga masalah selesai.
3.Tinggal di Villa kami untuk memastikan Nala selamat.
4.Jangan jatuh cinta,mencintai dan dicintai Nala.
5.Jangan terlalu mesra dengan Nala.
6.Selesai sahaja masalah,dilarang mendekati Nala.
Dahi Afiq Rayyan berkerut,baginya diantara keenam-enam list tersebut
yang bernombor 4 menarik perhatiaannya.
'Apa anak dia ni cantik sangat ke sampai takut aku jatuh cinta'Afiq
Rayyan berbisik didalam hati.
"Awak ok ke Afiq?Kenapa?Awak tak boleh ambil kerja ni ke?"soal Encik
Rizwan sebaik sahaja melihat kerutab di dahi Afiq Rayyan.
"Eh,takdelah Encik Wan.Saya ok je"jawab Afiq Rayyan lantas dia
menandatangani perjanjian tersebut.
"Ok,Dato'Jaafar kata awak dah boleh start tugas awak tu esok."beritahu
Encik Rizwan sebaik sahaja Afiq Rayyan menyerahkan kertas yang telah
ditandatanganinya tadi.
"Baik Encik Wan."Afiq Rayyan mengangguk tanda faham.
*****
"Jadi,awaklah yang akan jadi bodyguard anak saya tu."soal Dato'
Jaafar.Tiba-tiba sahaja pagi itu,seorang lelaki memperkenalkan dirinya
sebagai bodyguard yang telah diupah oleh Dato'Jaafar.
"Ya Dato',Encik Rizwan yang hantar."Jawab Afiq Rayyan
'Hmm..muda lagi.'bisik Dato' Jaafar di dalam hati.
"Apa nama awak?"soal Dato'Jaafar.
"Afiq Rayyan,Dato'."
"Umur?"
"25 tahun"
'Hmm..tua 5 tahun dari Nala'gumam Dato' Jaafar.
"Awak dah baca JD yang saya bagi?"
"Sudah Dato'."pendek sahaja jawapan Afiq Rayyan.
"Baguslah kalau macam tu.Awak dengar sini Rayyan,kalau awak langgar
mana-mana JD yang saya bagi tu,saya tak akan teragak-agak untuk suruh
Encik Rizwan pecat awak.Awak faham?"tegas Dato'Jaafar memberi peringatan.
"Baik Dato'.Saya faham."balas Afiq Rayyan.
"Suri!"panggil Dato'Jaafar.
"Ya Dato'."jawab seorang wanita tua.
"Saya kenalkan,ini bodyguard dan juga driver Nala,Afiq Rayyan.Saya nak
Suri tolong tunjukkan bilik dia kat atas.Sebelah bilik Nala."arah
Dato'Jaafar.
"Baik Dato'.Encik Afiq,mari saya tunjukkan bilik."pelawa Makcik
Suri.Afiq Rayyan menurut dengan bersama sebuah beg pakaian dibimbit.
Dato'Jaafar tersandar tenang sebaik sahaja kelibat Afiq Rayyan dan
Makcik Suri menghilang ke tingkat atas.Dia mengeluh lega.
Share this novel