"Awak kena bangun Isya,jangan tinggal dalam imaginasi awak ni." Pesan
Afiq Rayyan tiba-tiba. Pada waktu itu,mereka berdua berdiri sambil
menghadap kearah pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
Nala Batrisya menoleh pelik kearah Afiq Rayyan.
"Maafkan saya, Isya. Tapi saya kena tinggalkan awak , saya cumalah
cebisan dari imaginasi yang awak cipta . Kembalilah kedunia
realiti,dunia awak yang sebenar-benarnya. Diorang semua tengah tunggu
awak,baliklah Isya. Saya dah tak wujud,tolong lupakan saya , Selamat
tinggal, Nala Batrisya ." Ucap Afiq Rayyan. Perlahan-lahan genggaman
tangannya dan Nala Batrisya dileraikan.
Nala Batrisya terhenyak.
"Tunggu Rayyan! Apa maksud awak?" Nala Batrisya berlari mengejar langkah
Afiq Rayyan yang semakin menjauh.
"Rayyan!" Panggil Nala Batrisya tidak henti-henti. Mengharap agar Afiq
Rayyan berpaling semula kearahnya,namun hampa.Afiq Rayyan tetap
melangkah meninggalkannya.
"Rayyan,jangan tinggalkan saya." Tangis Nala Batrisya,dia terduduk
diatas pasir .
" Jangan tinggalkan saya." Tangisnya lagi.
"Isya! Isya! Bangun nak. " Panggil satu suara. Nala Batrisya merasakan
dirinya bagai digoyang-goyang.
Perlahan-lahan kedua belah matanya dicelikkan. Dia memandang
persekitarannya,ini bilik tidurnya. Dia mengusap pipinya yang terasa
basah,airmata bisiknya perlahan.
'Tapi tadikan aku kat tempat lain dengan Rayyan,macam mana pula aku
boleh ada kat atas katil ni?' Nala Batrisya memandang kearah Makcik Suri
yang hampir dengannya. Wajah itu menunjukkan riak risau.
Dato'Jaafar menghampiri katil Nala Batrisya. Riak wajahnya turut
menunjukkan kerisauan.
"Isya dah sihat?" Soal Dato' Jaafar,perlahan.
Dahi Nala Batrisya berkerut.
" Bila masa pula Isya sakit ni papa? Bukan ke Isya sihat aje ni,tak
nampak ke?" Tanya Nala Batrisya pelik,dan pada saat itu barulah dia
terperasankan kelibat doktor peribadi keluarganya.
Hanya mengikut gerak hati,perlahan-lahan tangannya dinaikkan ke kepala
cuba untuk merasa. Tangannya terpegangkan tampalan berhampiran kening
kirinya.
"Auch!" Dia mengaduh apabila tanpa sengaja jarinya tertekan tampalan
tersebut.
Nala Batrisya mengangkat tubuhnya lalu disandarkan ke kepala katil dalam
posisi duduk. Dia kembali memandang persekitarannya,seperti mencari
sesuatu. Makcik Suri dan Dato' Jaafar memandang risau.
" Isya cari apa?" Tanya Makcik Suri.
"Afiq Rayyan mana? Tak nampak pun batang hidung dia?"
Dato'Jaafar dan Makcik Suri saling berpandangan.
*******
Nala Batrisya bermain buaian dilaman rumahnya sendirian.
Terbayang-bayang di matanya kelibat Afiq Rayyan yang akan sentiasa
menemaninya jika dia keluar ke laman.
Senyumnya ,kenyitan matanya,kenakalannya, suaranya ,gelak tawanya.
Segala-galanya dirindukan oleh Nala Batrisya.
"Afiq Rayyan mana? Tak nampak pun batang hidung dia." Tanya Nala
Batrisya.
"Isya! Listen to me." Dato' Jaafar terjeda seketika,merangka ayat yang
sesuai agar Nala Batrisya dapat menerimanya dengan tenang.
"Isya, Afiq Rayyan dah tak ada." Beritahu Dato' Jaafar.
"Dia pergi mana? Oh,mesti tugas dia untuk jaga Isya dah selesaikan.
Takpe la kalau macam tu,lain kali Isya pergi cari dia. Isya nak ucapkan
terima kasih sebab selamatkan Isya,kelmarin." Riang suara Nala Batrisya
menuturkannya. Dato' Jaafar terkesima.
"Isya dah ingat,sayang? Isya dah ingat ke apa berlaku hari tu?" Tanya
Dato' Jaafar sedikit gembira.
"Papa,benda tu kan baru je berlaku. Takkan la Isya tak ingat,Isya belum
nyanyuk lagi tau." Marah Nala Batrisya,geram. Cara papanya bertanya
seolah-olah dia hilang ingatan.
Dato' Jaafar menoleh kearah doktor yang masih lagi berada didalam bilik
tersebut. Memohon bantuan.
Doktor tersebut menghampiri Nala Batrisya." Cik Isya,kalau cik tak
kisah. Boleh saya tau bila kejadian tu berlaku.?" Lembut suara doktor
tersebut bertanya.
"Kelmarin." Balas Nala Batrisya yakin. Terbuntang mata Dato' Jaafar dan
Makcik Suri mendengarnya.
" cik betul-betul yakin ke?" Tanya doktor itu semula.
" Yes,of course. Mustahil saya akan lupa kejadian macam tu. Lebih
-lebih lagi baru je kelmarin berlaku." Terang Nala Batrisya tanpa ragu.
Doktor tersebut tetap kelihatan tenang,tetapi tidak bagi Dato' Jaafar.
"Maaf kalau apa yang saya katakan ni akan membuatkan cik terkejut. Tapi
inilah kebenarannya." Doktor itu menarik nafas.
"Sudah hampir setahun sejak kejadian itu berlaku, cik Isya." Beritahu
doktor peribadi keluarganya. Nala Batrisya sedikit terkejut.
Dia memandang kearah papanya,cuba meminta jawapan dan ternyata Dato'
Jaafar turut mengangguk mengiyakan kata-kata doktor tersebut. Begitu
juga dengan Makcik Suri, dia turut mengangguk membenarkan. Nala Batrisya
terhenyak,tidak percaya.
"Dan lagi satu berita yang perlu saya sampaikan kepada Cik Isya,harap
Cik Isya tabah mendengarnya." Tiba-tiba sahaja hati Nala Batrisya
berdebar kencang,menjadikan dirinya tidak tenang.
"Bodyguard Cik Isya,Afiq Rayyan telah terkoban dalam kejadian itu."
Mulut Nala Batrisya terlopong.
Sungguh dia tidak menyangka Afiq Rayyan telah pergi meninggalkannya. Dia
telah pergi untuk Selama-lamaNYA.
Pantas Nala Batrisya mengesat airmata yang hampir menitis sebaik
terlihat kelibat Makcik Suri menghampirinya.
" Isya buat apa kat luar ni sorang-sorang? Tak sejuk ke?" Tanya Makcik Suri.
"Saja,nak ambik angin malam." Balas Nala Batrisya,tersenyum manis kearah
Makcik Suri.
"Mak,meh la duduk sini." Ajak Nala Batrisya sambil menepuk-nepuk kerusi
buaian. Makcik Suri menuruti permintaan Nala Batrisya. Sebaik Makcik
Suri melabuhkan duduknya,pantas Nala Batrisya melentokkan kepalanya
kebahu Makcik Suri. Tangannya pula dilingkarkan ke pinggang Makcik Suri.
Makcil Suri membalas dengan memeluk bahu Nala Batrisya dengan sebelah
tangannya.
"Mak...kalau mak tak kisah,boleh tak bagitau Isya apa yang jadi
sepanjang setahun ni?" Soal Nala Batrisya,ingin tahu apa yang berlaku.
Sungguh dia tidak mengingati apa-apa.
"Mak boleh aje ceritakan,tapi Isya tu. Sedia ke nak tau apa yang jadi."
Balas Makcik Suri,menginginkan kepastian.
"Inshaallah dah,mak." Balas Nala Batrisya. Makcik Suri menarik
nafas,bersedia untuk bercerita.
"Sehari selepas kejadian tu,barulah Isya sedar dari pengsan. Sedar-sedar
je,Isya terus tanya mana Rayyan,tapi mak tak jawab sebab Isyakan baru
sedar. Taknak la Isya terkejut bila tahu Rayyan dah tak ada. Jadi mak
diamkan aje . Tapi yang peliknya,bila pihak polis tanya Isya pasal
kejadian tu,Isya cakap Isya tak tau." Tekun Nala Batrisya mendengarnya.
"Setiap hari Isya tanya,mana Rayyan,mana Rayyan. Sampailah satu malam
tu,entah macam mana papa Isya boleh terlepas cakap, terbagitahu yang
Rayyan dah meninggal dunia. Isya pula terus meradang,habis semua barang
Isya humban. selama ni Isya tak pernah pula marah sampai macam tu
sekali." Nala Batrisya tidak membalas,dia fokus pada cerita Makcik Suri.
"Pagi esoknya,tiba-tiba Isya kata papa tipu Isya. Isya siap tunjuk
sebelah Isya lagi,kata Rayyan ada kat situ. Tapi kami tak nampak
apa-apa. Seram juga Mak waktu tu." Makcik Suri tergelak dengan
kata-katanya sendiri.
"Mula dari hari tu, kami tengok Isya asyik bercakap sorang-sorang. Bila
kami tanya Isya cakap dengan siapa,mesti Isya jawab Rayyan. Mulanya kami
biarkan,mana la tau tak lama lagi Isya berubah balik. Bulan berganti
bulan, Isya tetap macam tu,masih cakap sorang-sorang. Kelas pun Isya dah
tak datang.. Dan satu hari tu,papa Isya dah tak tahan dia terus telefon
hospital sakit jiwa. Dia dah tak sanggup Isya macam tu,dia cuma nak Isya
sihat semula macam dulu."
"Kami terpaksa tipu Isya,kami kata nak bawa Isya jalan-jalan. Tapi
sebenarnya kami nak bawa Isya ke rumah sakit jiwa. Bila keluat aje dari
kereta,Isya perasan itu rumah sakit jjwa. Isya terus marah kami,dan nak
lari. Tapi berjaya kena tahan oleh pengawal. Waktu kami pegang Isya nak
bawa masuk,Isya meronta-ronta kuat sampai Isya hampir terlepas. Dalam
Bergelut-bergelut tu,tiba-tiba kepala Isya terhantuk pada tiang dan
terus pengsan. " Panjang lebar Makcik Suri menceritakannya.
' Jadi itu maksud kata-kata Rayyan dalam mimpi aku tu. Aku berimaginasi
sebegitu hanya kerana tidak dapat menerima kehilangan dia. ' bisik hati
Nala Batrisya,sedih .
"Isya rindukan dia ,mak." Esak Nala Batrisya tiba-tiba. Wajahnya
disembamkan kedada Makcik Suri. Makcik Suri hanya mampu menggosok-gosok
belakang Nala Batrisya untuk menenangkannya.
*******
Nala Batrisya merenung kearah tiket ditangannya. Dia akan berlepas ke
Bali,untuk menenangkan diri,hati dan pemikirannya yang serabut.
Segala-galanya berlaku dengan pantas.
Mujurlah papa nya membenarkan dia untuk ke Bali,itu pun setelah
berkali-kali dia memujuk Dato' Jaafar.
Dato' Jaafar ada juga mencadangkan dirinya untul menemani Nala
Batrisya,tetapi pantas sahaja Nala Batrisya menegahnya. Dengan alasan
dia mahu bersendirian.
Dua minggu adalah tempoh untuk dia merehatkan otaknya dari segala
kekusutan yang berlaku.
Nala Batrisya meliarkan pandangannya melihat gelagat-gelagat manusia di
dalam kawasan balai berlepas ini.
Penumpang-penumpang pesawat yang akan berlepas ke Bali diminta untuk
beratur sebelum menunjukkan boarding pass mereka kepada petugas lapangan
terbang tersebut. Nala Batrisya turut sama berdiri,berbaris pada barisan
pemegang tiket kelas business.
Pemegang-pemegang tiket kelas business dibenarkan masuk dahulu oleh
petugas tersebut.
Para pramugari menyambut mereka dipintu pesawat dengan senyuman dan
ucapan selamat datang.
Nala Batrsiya membalas seadanya,dan berlalu ketempat duduknya yang telah
dipilih ollehnya sendiri. Dia memilih untuk duduk ditepi tingkap pesawat.
15 minit kemudian,pesawat tersebut telah bersedia untuk berlepas.
'Moga-moga keberadaan aku disana dapat melupakan segala yang pernah
terjadi dalam hidupku.' Bisik hati Nala Batrisya,sambil merenung kepulan
awanan putih.
'Selamat tinggal,memori.'
'Selamat tinggal,Afiq Rayyan, kau akan tetap menjadi sayap kanan dan kiri ku sampai akhir hayatku..'
Share this novel