"Rayyan,saya merayu dengan awak. Tolong hentikan soal cinta awak ni. Saya dah tak sanggup nak dengar,sebab...sebab ia makin melukakan hati saya. Tolonglah Rayyan!" Rayu Nala batrisya bersama mata yang berkaca. Afiq Rayyan terkesima. "Tapi kenapa?" Tanya Afiq Rayyan,meskipun dia telah pasti jawapannya "Sebab saya sukakan awak." Lantas Nala Batrisya berdiri,mahu meninggalkan Afiq Rayyan. "Isya,tunggu!" Panggil Afiq Rayyan yang turut berdiri. Langkah Nala Batrisya terhenti,lalu Afiq Rayyan mendekati Nala Batrisya. "Maksud awak...awak cintakan saya." Bisik Afiq Rayyan ditelinga Nala Batrisya. Dia mengangguk bersama juraian airmata.
Update 06 December 2024
2017-02-09
best**
2017-02-02
best....but so sad ending