"Berhenti kat sini."arah Nala Batrisya kepada Afiq Rayyan.
"Baiklah Cik Nala."Afiq Rayyan pantas mencari tempat letak kereta yang
kosong.Sebaik sahaja kereta berhenti,Nala Batrisya terus sahaja keluar
sebelum sempat Afiq Rayyan mematikan enjin kereta.Nala Batrisya pantas
melangkah meninggalkan kereta.
"Nala!"teriak Indah dan Amanda,serentak.Tiba-tiba sahaja sebuah kereta
menghampiri Nala Batrisya dengan laju.Dia bagaikan terpaku dan hanya
mampu memandang kereta yang semakin hampir untuk melanggarnya.
"Cik Nala!" Teriak Afiq Rayyan,dan sekelip mata dia berada di dalam
pelukan Afiq Rayyan.Mata Nala Batrisya terpejam rapat,dan badannya
sedikit menggigil.
"Nala,kau tak apa-apa?"soal Amanda sebaik sahaja mereka mendekati Nala
dan Afiq Rayyan.Nala membuka matanya,dan perkara pertama yang dilihatnya
adalah wajah Afiq Rayyan yang serius.
"Cik tak apa-apa kan?"tanya Afiq Rayyan sebaik dia merenggangkan
pelukannya.Namun Nala Batrisya hanya mampu terdiam,tidak menjawab.
"Nala."panggil Indah
"Nala"suara Amanda pula kedengaran.
"Cik Nala." Sejurus suara Afiq Rayyan kedengaran,Nala Batrisya terus
terkulai layu,pengsan.Namun sempat disambut oleh dua orang rakannya.
*****
Malam itu,Nala Batrisya keluar ke laman rumahnya untuk mengambil
angin.Dia kemudiannya duduk diatas buaian,lalu merenung kedada langit.
"Cik Nala" panggil Afiq Rayyan.
Nala Batrisya tersentak dari lamunannya.
"Ada apa?"tanya Nala Batrisya lantas mengesat air yang mengalir di
pipinya.'Dia menangis!' Bisik hati Afiq Rayyan.
"Cik Nala tak apa-apa ke?"
"Kau tak payah nakcaring sangat boleh tak!"marah Nala. 'Ewah!minah
ni,aku tanya pun nak marah' Afiq Rayyan.
"Cik Nala,saya tanya sebab saya risau.Cik nangis ke?"
"Mana ada."balas Nala acuh tak acuh.Kemudian dia memandang kearah Afiq
Rayyan yang hanya bert-shirt merah dan berseluar track.
'Sado jugak bodyguard aku ni'.bisik hatinya.
"Berapa umur kau?"tanya Nala.
"25 tahun,Cik."
"Oh!maknanya kau lagi tua dari aku lah ye?"soal Nala.Afiq Rayyan
menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Dia hanya berpura-pura tidak
mengetahui,sedangkan segala maklumat tentang Nala Batrisya telah
'khatam' olehnya.Cuma gambar Nala Batrisya sahaja dia tidak
berkesempatan untuk melihat menyebabkan sewaktu dia tiba awal pagi
tadi,dia tidak dapat mengecamnya.
Tiba-tiba sahaja Nala Batrisya teresak-esak menangis membuatkan Afiq
Rayyan sedikit terkejut.
"Eh! Cik Nala,kenapa ni?"Soal Afiq Rayyan sedikit gusar. Risau sekiranya
Nala Batrisya ada tercedera akibat kejadian pagi tadi.
"I just miss my mom. Kalau ibu saya masih ada sekarang ni,mesti dia dah
peluk saya untuk tenangkan saya. Dia mesti dah duduk dengan saya kat
luar ni."semakin kuat esakan Nala Batrisya membuatkan Afiq Rayyan hanya
mampu tergaru-garu kepalanya,tidak tahu hendak berbuat apa. Selama ini
dia tidak pernah memujuk mana-mana wanita pun sepanjang hidupnya.Nak
kata pujuk girlfriend,girlfriend pun tak pernah ada.
"Cik nak saya panggilkan Dato' ke?". Nala menggeleng.
"Kalau macam tu saya panggil makcik Suri ye?".
"Tak payah! Kau berdiri je kat sini,tak perlu pergi mana-mana." Arah
Nala.Terkulat-kulat Afiq Rayyan jadinya.
"Aku...aku minta maaf sebab marahkan kau,aku tak bermaksud pun.
Sepanjang hari ni aku tak baik pun dengan kau, i'm so sorry. Aku tak
marahkan kau pun sebenarnya,aku cuma geram dengan papa. Lepas je ibu tak
ada,papa mula tak hiraukan aku
Dia asyik sibuk dengan kerja dia memanjang sehinggakan aku dibiarkan,dan
tup...tup...dia upah bodyguard untuk aku. Aku tak suka,aku cuma nakkan
perhatian dari papa. Itu aje." Cerita Nala Batrisya sedikit sesal. Afiq
Rayyan hanya mampu mendengar luahan Nala Batrisya.
"Dah lah,aku nak masuk. Dah lewat malam sangat ni." Ujar Nala Batrisya
tiba-tiba,lantas berjalan menuju ke pintu rumah.Afiq Rayyan turut
melangkah meninggalkan buaian tersebut.Tiba - tiba sahaja langkah Nala
Batrisya terhenti,begitu juga Afiq Rayyan.
Nala Batrisya berpaling semula kearah Afiq Rayyan.
"Afiq,thanks sebab selamatkan saya pagi tadi." Ucap Nala Batrisya
perlahan. 'Saya?' Bisik hati Afiq Rayyan.
"Sama-sama Cik Nala. Itu sememangnya tugas saya."balas Afiq Rayyan
bersama senyuman manisnya. Nala Batrisya terkesima sebaik melihat
senyuman Afiq Rayyan.Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.
"Saya masuk dulu,selamat malam" sebaik berkata Nala Batrisya pantas
menghilangkan diri ke dalam rumah. Afiq Rayyan tergeleng perlahan
sebelum melangkah kedalam rumah lalu mngunci pintu rumah besar itu.
Share this novel