Keesokan harinya...
"Rayyan" panggil Nala Batrisya pagi itu,sewaktu mereka melakukan
pemanasan badan sebelumberjogging.
"Yes, Cik Nala Batrisya." Balas Afiq Rayyan sambil memandang kearah
Nala Batrisya. Terhenti gerakan pemanasan badannya,mendengar suara
majikan a.k.a buah hatinya.
"Awak memang benar-benar maksudkan apa yang awak kata semalam?" Tanya
Nala,risau.
"Yang mana ek! Banyak yang saya kata semalam." Afiq Rayyan berpura-pura
tidak tahu,ingin melihat reaksi kecewa Nala Batrisya seperti semalam.
Hatinya tertawa riang,seronok mengenakan gadis itu.
"Rayyan! Janganlah main-main. I'm serious,okey!?" Marah Nala
Batrisya,sedikit berang.
"Apa dia? Apa yang saya kata semalam?" Afiq Rayyan masih berpura-pura.
Hebat benar lakonannya.
"Ish! Dahlah,lupakan aje. Saya nakjogging." Rajuk Nala,lantas berlari
meninggalkan Afiq Rayyan yang sudah tersenyum lebar.
Afiq Rayyan pantas mengejar larian Nala Batrisya,sebelum dia menarik
lengan Nala Batrisya dan mengarahkan dia untuk berhenti.
"What?" Tepis Nala Batrisya bersama mata yang mencerun tepat kearah
wajah Afiq Rayyan. Afiq Rayyan tersenyum melihat rajuk gadis pujaan hati
"Hei!... saya gurau je lah. Itupun nak merajuk."
"Yes, I meant it. Saya suka awak dan saya cintakan awak." Ujar Afiq
Rayyan. Nala Batrisya sembunyi senyum,lantas berlari meninggalkan Afiq
Rayyan.
'Eleh,buat-buat malu pula dia. Ingat ini cerita hindustan ke nak
lari-lari bagai.'
Baru sahaja Afiq Rayyan hendak melangkah,tiba-tiba sebuah kereta
menghampiri Nala Batrisya.
Dua orang lelaki bertopeng dengan pantas keluar dari perut
kereta,menerkam kearah Nala Batrisya yang terkejut.
Afiq Rayyan pantas berlari untuk menghalang dua lelaki tersebut.
Nala Batrisya bergelut dengan kedua-duanya untuk melepaskan diri,tetapi
sebaik sahaja mulutnya ditekup dengan kain yang dituangkan clorofom
padanya, rontaan Nala Batrisya melemah sebelum dia terkulai layu.
Kedua-dua lelaki tersebut terus mengangkat tubuh Nala Batrisya untuk
dimasukkan kedalam kereta,tetapi salah seorang dari mereka sempat
ditendang oleh Afiq Rayyan.
Afiq Rayyan bergelut dengan penculik yang terbaring sebaik menerima
sepakannya. Dia menghayun tinggi penumbuknya,ingin dilepaskan pada pipi
si penculik.
Dan tiba-tiba...
"Pang"
Afiq Rayyan terkesima,terhenti tumbukannya. Bahu kanannya tiba-tiba
berasa pedih,sebelum beberapa titis darah menitik diatas jalan tar.
Penculik tadi lantas menolak tubuh Afiq Rayyan yang mulai lemah. Afiq
Rayyan terbaring, mengerang kesakitan sambil tangan kirinya menekup bahu
kanan yang semakin banyak mengalirkan darah.
Kereta penculik itu pantas meninggalkan Afiq Rayyan yang terbaring
diatas jalan.
Afiq Rayyan menggagahkan dirinya untuk berdiri,namun disebabkan darahnya
yang telah banyak keluar membuatkan Afiq Rayyan semakin lemah dan pucat.
Baru 5 langkah dia berjalan, Afiq Rayyan kembali terduduk. Matanya mula
berpinar-pinar,segala-galanya mulai kabur di mata Afiq Rayyan.
Beberapa saat kemudian,Afiq Rayyan sudah terbaring lemah.
"Isya..." bisiknya perlahan sebelum matanya mulai tertutup perlahan-lahan.
******
"Macam mana Isya boleh kena culik!?" Marah Dato'Jaafar. Afiq Rayyan
menunduk diam. Tangan kanannya berbalut akibat terkena tembakan pada
bahu tempoh hari.
"Saya minta maaf,Dato'."
"Tapi Dato' jangan risau. Saya akan selamatkan Cik Nala macam mana
sekalipun. Walaupun bahu saya ni cedera tapi itu bukan penghalang untuk
saya..."
"Tak perlu." Bantah Dato'Jaafar. Terhenti kata-kata Afiq Rayyan
mendengar jawapan Dato'Jaafar.
"Mulai hari ini,awak bukan lagi bodyguard Nala Batrisya." Ujar Dato'Jaafar.
"Maksud Dato'." Tanya Afiq Rayyan.
"Saya pecat awak dari jadi bodyguard Nala Batrisya."
"Tapi apa yang saya dah buat?"
"Heh! Awak ingat saya tak tahu yang awak sukakan anak saya dan awak
ingat saya tak tahu kamu dah semakin rapat. Berpura-pura dihadapan
saya,berlakon kononnya seperti majikan dan bodyguard." Sindir
Dato'Jaafar. Afiq Rayyan diam tak terkutik.
"Kau pergi kemas barang-barang kau,dan berambus dari rumah ni. Aku tak
nak kau dekat dengan anak aku lagi." Bahasa Dato'Jaafar semakin kasar.
Jarinya menuding kearah muka Afiq Rayyan.
"Aku dah upah bodyguard baru untuk anak aku,dan aku tak nak kau masuk
campur dalam apa-apa pun urusan aku atau Nala." Tambah Dato' Jaafar.
"Pergi!" Perlahan-lahan Afiq Rayyan menapak meninggalkan
Dato'Jaafar,menuju ke biliknya untuk mengemas barang-barang miliknya.
Baru sahaja kakinya mencecah lantai tingkat atas,tiba-tiba telefon
bimbit miliknya berdering.
Afiq Rayyan pantas mengagau telefon didalam poket seluarnya. Nama Nala
Batrisya tertera pada skrin telefon. Terbeliak mata Afiq Rayyan
memandangnya,pantas sahaja dia menekan punat berwarna hijau.
"Hello." Panggil Afiq Rayyan.
"Tolong saya,Rayyan!" Esak Nala Batrisya.
"Awak kat mana ni? Awak tak apa-apa ke?" Tanya Afiq Rayyan risau.
"Saya tak tahu,saya tak pasti dekat mana. Rayyan,tolong saya...saya
takut." Esakan Nala Batrisya semakin kuat.
"Isya! Dengar sini. Sekarang ni apa yang awak nampak? Awak rasa awak kat
mana? Rumah,bangunan,gudang atau kilang...kat mana. Bagitahu saya." Arah
afiq Rayyan. Dia mula berlari kearah biliknya untuk mengambil kunci
motor miliknya sebelum berlari turun kebawah.
"Saya rasa...saya rasa dekat bangunan lama. Keadaan dekat sini sunyi,tak
dengar bunyi kereta pun. Rayyan cepatlah...saya takut." Tangis Nala
Batrisya.
"Tenang Isya,awak on GPS. Saya datang sekarang." Afiq Rayyan mematikan
telefon,lantas menghidupkan enjin motor miliknya dan memecut laju motor
meninggalkan kawasan Villa.
Share this novel