BAB 5

Romance Completed 7620

Hubungan yang hanya dari mahu berkenalan bertukar menjadi kawan, teman kepada mesra dan akhirnya pada semester akhir berada di kampus, Aimanbenar-benar meluahkan rasa cintanya kepada Hidayah yang sudah lama terbuku dalam hatinya.

"Yaya, kita berjumpa sekejap boleh?" tanya Aiman tergagap-gagap.

"Boleh. Tapi saya ada amali sekejap lagi. Habis amali, saya dah free," katanya.

"Okay. Kita jumpa di tempat biasa ya," balas Aiman semula sebelum mematikan panggilan telefon.

Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu bagaimana berdebarnya dia untuk mengatur pertemuan yang bermisi ini. Misi luahan cinta!

-----------

Aiman hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tahu, dia sedang gabra menghadapi gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dia nekad mahu meluahkan rasa cinta tapi entah kenapa mulutnya melalut ke hal lain pula.

"Saya ada nak cakap sesuatu dengan awak?"

"Okay, saya tahu, cakaplah apa dia." Balas Hidayah tak sabar mahu mengetahui.

"Macam ni. Kita pesan air minuman dulu." Aiman membelikan dua minuman dan kembali semula ke meja mereka duduk tadi. Itu hanyalah helah untuk dia menangguh masa dan pertanyaan penting yang mahu diluahkan kepada Hidayah.
Selalunya mereka akan berbual dengan mesra tanpa mengira apa jua topik yang terpacul dari mulut mereka. Tapi Aiman cukup bebeza hari ini. Pelik.

"Kita selalu bersama dan saya tak nampak pun awak ada luangkan masa atau keluar dengan lelaki lain." kata Aiman perlahan.

"Jadi?" tersentak Hidayah mendengar kenyataan itu. Pelik baginya soalan itu keluar dari mulut Aiman tentang lelaki yang ada dalam hidupnya.

"Saya cuma nak tahu jika awak ada teman lelaki, tunang atau suami?" soal Aiman laju-laju. Hidayah tergelak besar mendengar soalan itu. Kali ini dia rasa lucu kerana Aiman bertanya laju seperti shinkansen. Tambahan pula riak wajahnya ketika itu comel sekali.

"Janganlah gelak.Jawablah soalan saya. Saya perlu tahu," balas Aiman serius.

Tanpa bersuara, Hidayah memandang Aiman lama dan kemudian menggelengkan kepala kerana dia tidak punya siapa-siapa.

"Yes!" balas Aiman bangun dari kerusinya. Hidayah yang melihat terkejut dan berderaian ketawa mereka.

"Kalau macam tu, saya nak cakap, saya cintakan awak Hidayah," Aiman mengakui perasaannya dengan wajah gembira tak terkata. ilang semua rasa gelisah di dalam hatinya.

Hidayah tergamam.

"Apabila awak kata yang awak tak ada mana-mana lelaki, saya jadi teruja. Tu yang saya jadi macam terlebih gula," jelas Aiman.Aiman masih menunggu jawapan kepada luahan perasaannya tempoh hari. Dia merenung dalam mata Hidayah.

"Jadi apa keputusan awak?"

"Saya... saya..." balasnya sambil memalingkan badannya membelakangi Aiman. Kemudia Hidayah menoleh semula ke arah Aiman sambil tersenyum, dia hanya menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience