BAB 9

Romance Completed 7620

Aiman serabut. Apabila diajaknya Hidayah Kahwin supaya mamanya diam, wanita yang dicintainya itu pula menolak. Aiman buntu. Mamanya terus-terusan mendesak mahukan keputusannya segera.

Telefon bimbit yang diletakan di tepi meja diambilnya dengan tangan tangan. Dia menekan nombor Hidayah di telefon bimbit. Namun panggilannya tidak berjawab. Tiga kali nombornya didail, tiga kali itu jugalah peti simpanan suara yang menjawab.

Tambahan pula, sebelum tengah hari tadi dia sudah mengajak Hidayah untuk datang ke pejabat dan makan tengah hari bersama.

“Mengada-ngada betul. Ingat saya ni tak ada kerja lain agaknya,” omel Hidayah geram. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke ruang pejabat itu. Kalau nak diikutkan hati malas hendak dilayan perangai teman lelakinya itu.

Tiba-tiba telefon bimbit ditangannya berbunyi. Hidayah segera melihat nama di skrin. Aiman yang membuat panggilan. Hidayah terus menekan butang hijau untuk menjawab.

“Assalamualaikum sayang,” jawab Hidayah manja.

“Waalaikum salam. Awak dekat mana sekarang? Dah sampai ke belum?” ceria terus suara Aiman.

“Dah sampai. Sabarlah. Saya tengah jalan ni. Jumpa awak kat lobi lagi 5 minit ya.”

Sarapan, makan tengah hari dan kadang kala, pulang dari pejabat Aiman dan Hidayah selalu bersama. Keakraban mereka kembali seperti dahulu. Tanpa disedari masing-masing makin selesa dengan kehadiran antara satu sama lain. Walaupun kadang kala ada pergaduhan kecil.

"Kan saya cakap saya sibuk. Lagi pun, bos saya perlukan saya buat masa ni," balas Hidayah masih berlembut.

"Habis tu saya ni tak perlukan awak ke? Bos awak je yang perlu awak layan. Awak rasa patut ke awak buat macam ni?" soal Aiman lagi membangkit kemarahan Hidayah tapi ditahan.

"Awak ni kenapa Aiman? Saya kata saya sibuk dengan kerja bukannya saya tak mahu pedulikan awak."

"Kalau awak terima lamaran saya lebih awal, tak adalah saya jadi macam ni. Mama asyik minta saya kahwin cepat, tapi awak pula nak lengah-lengahkan. Saya runsing lah!" balas Aiman panjang. Kata-katanya itu mengguris perasaan Hidayah.

"Awak nak kahwin sangat kan. Ok kita kahwin!" geram Hidayah.

Aiman tercengang kerana Hidayah sudah naik marah.

"Janganlah macam ni sayang. Ok saya minta maaf."

"Saya nak awak buat keputusan sekarang. Kahwin atau kita tangguh dulu. Kalau Kahwin, cepat masuk meminang saya." Hidayah menekup mulutnya. Betul ke dia marah atau baru saja meluah perasaan yang terbuku di hati. Pipinya merona merah. Aiman ketaw melihat perubahan Hidayah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience