BAB 3

Romance Completed 7620

Flashback

Hari itu, hari terakhir peperiksaan akhir untuk semester tiga pelajar Biologi. Aiman dan Mahfuz menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaan. Ketika meniti tangga perpustakaan, mata Aiman tertancap pada wajah yang cukup dikenalinya.

Ya. wajah comel wanita yang berjaya mencuri perhatiannya sejak lebih dua minggu yang lalu. Sejak dia sendiri tergerak hati untuk belajar di perpustakaan. Bagaikan jodoh untuk mereka bertemu, Aiman terlihat wajahnya dari celahan buku-buku apabila gadis itu mengambil buku dari rak.

Tanpa melengah, Aiman berjalan laju ke hadapan kawan-kawannya.

"Kau pergi ke meja dulu. Aku akan menyusul kemudian ya. Ada hal sikit nak buat,"katanya sambil tersengih.

"Dah sampai sini, ada saja alasan kau kan," balas Mahfuz sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Sorry la. Aku tak tahan ni," katanya.

Apabila Mahfuz sudah meninggalkannya disitu, Aiman terus mendekati gadis yang diminatinya. Dalam hatinya, dia cuma mahu bertegur sapa jika boleh lalu berkenalan.

Aiman tersipu-sipu senyum...

---------------

"Sorry,sorry. Saya terlambat. Dah lama awak sampai?" Soal Hidayah termengah-mengah mendekati Aiman.

"Eh tak lah lama sangat. Tapi dah sejam juga la saya terkulat-kulat seorang diri di sini," kata Aiman sinis sambil melihat-lihat anak kucing yang dibelikan carrier tu. Bulat biji matanya dimasukkan ke dalam tu.

"Maaflah ye. Tadi saya ada hal sikit. Tu yang terlambat." katanya sambil mengenyitkan mata.

Terus berderaian ketawa mereka berdua di kerusi kafeteria itu.

"Awak tak bagi tahu lagi nama awak siapa. kata nak berkenalan dengan saya. Perkenalkan juga diri awak," kata Hidayah.

"Aah la. Saya terlupa pula. Saya Aiman Hakim. Panggil je saya Aiman. Fakulti saya kat depan tu je," jawabnya tersengih sambil menunjukkan arah Fakulti Biologi tempat dia selalu menghadiri kuliah.

"Oh, ahli sains negara la ni ye," usik Hidayah dan mereka ketawa lagi.

Sejak hari itu, Nurul Hidayah dan Aiman Hakim sentiasa berjumpa di kafeteria itu. Kemudian lanjut hingga ke kolej dan keluar bersama ke shopping mall berdekatan dan beberapa tempat lain. Nombor telefon juga saling bertukar.

Lama-kelamaan, perbualan mesra mereka tidak lagi hanya ketika berjumpa empat mata. Tetapi juga menerusi perkhidmatan sosial lain sepeti Whatsapp, Instagram, Fac, dan Tumblr.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience