BAB 6

Romance Completed 7620

Percintaan mereka semakin akrab. Selepas tamat pengajian, Aiman bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Dia tidak mahu berlengah. Hidayah juga setelah tamat belajar diterima bekerja di sebuah syarikat terkenal. Diam tak diam, sudah lebih dua tahun mereka bercinta sejak Aiman meluahkan cintanya kepada gadis idamannya itu.

Aiman masih mundar-mandir di hadapan Hidayah. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan untuk mencerita masalah yang baru sahaja timbul ini. Mama atau Hidayah.

"Mama saya suruh kahwin,” ujar Aiman antara dengar tak dengar.

“Hah?!” Hidayah seakan teruja dan terkejut dalam satu.

“Mama saya nak saya kahwin dengan awak. Segera!” sambung Aiman lagi sambil memandang tepat ke wajah Hidayah.

“Hah?!!” Kali ini bukan teruja dan bukan apa. Kali ini wajah Hidayah benar-benar terkejut.

“Kenapa pulak? Saya dah cerita tentang awak pada mama. Mungkin sebab tu agaknya dia pun teruja dan minta saya kahwin cepat,” ujar Aiman selamba.

“Awak ingat benda ni main-main ke?,” soal Hidayah yang masih lagi terkejut.

“Main-main apa, betullah! Mama saya nak saya kahwin dengan awak,” ulang Aiman serius.

“Dah lah, saya nak balik. Takkan mama awak nak awak kahwin dengan saya macam tu je. Lagi pun kita berduakan baru je bekerja. Agak-agakla,” Hidayah terus bangun dan mencapai begnya untuk beredar pergi dari situ. Riak wajahnya terus berubah. Merah. Sebenarnya dia terkejut campur malu apabila Aiman tiba-tiba mahu menjadikannya isteri. Aiman segera bangun dan menahan Hidayah dari pergi.

“Habis, masalah ni macam mana?”

“Awak kan bijak, awak settlelah semuanya sendiri. Mengada!” Hidayah terus melangkah pergi tanpa menunggu lagi.

“Eh, awak bukan nak keluar dengan saya ke?!” jerit Aiman bila Hidayah sudah semakin menjauh. Gadis itu cuma mengangkat tangan tanpa menoleh ke arah Aiman lagi.

Aiman mengeluh dan memandang meja kopi dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience