BAB 8

Romance Completed 7620

Hidayah termenung diruang balkoni biliknya. Angin malam meniup lembut wajahnya namun masih belum bisa menenangkan jiwa yang kacau sejak Aiman menyebut tentang hasrat mama lelaki itu. Bukan mama Aiman saja, malah ibu bapanya juga sama.

Memanglah tak rugi kahwin dengan lelaki itu. Boleh tahan handsome, berkerjaya, romantik jugalah... ramai juga perempuan yang menaruh hati pada dia. Tapi...

“Ish, apa yang merepek ni?!” tiba-tiba Hidayah terjaga dari lamunannya sendiri.

Tiba-tiba telefon bimbit yang dipegangnya sejak tadi bergetar dan nama Aiman terpapar di ruang skrin. Hidayah berkerut dahi. Apa lagi Aiman mahukan nak malam-malam macam ni? Hidayah menekan butang jawab dan melekapkan telefonnya ke telinga.

“Assalamualikum. Ada apa awak call saya malam-malam ni? Tak puas berjumpa tadi?” jawab Hidayah berseloroh.

“Waalikum salam. Aik, selalunya saya call kau boleh je! Sekarang tak boleh pula ke?”balas Aiman bergurau juga.

“Bila masa pula saya kata tak boleh? Tapi awak tengoklah sekarang ni dah jam berapa cik abang sayang. Agak-agaklah... Kot saya dah tidur ke, Dah hanyut dalam mimpi ke,”balas Hidayah selamba.

“Awal lagi...Lagipun saya tahu awak tak tidur lagi,”jawab Aiman.

“Hmmm... awak nak apa?” Aiman diam tak menjawab. Hidayah pelik lalu melihat skrin telefonnya. Ingatkan dah terpadam. Dia melekapkan kembali telefonnya ke telinga..

“Kenapa awak diam? Awak masih di sana? Saya tanya awak ni nak apa?” tanya Hidayah.

“Awak rasa, apa yang Mama saya minta tu dan apa yang parents awak mahu tu betul ke?”

“Nak apa?” Hidayah semakin rasa pelik.

“Nak kita kahwinlah! Dah kenapa malam-malam macam ni awak slow pula?” marah Aiman.

“Eh,eh, marah pulak! Awak ni semakin hari saya tengok semakin sensitif pulak, kan?” Hidayah cuba melarikan topik.

“Dah awak tu susah sangat saya nak ajak kahwin.”

“Dah saya tak dapat nak faham apa yang awak cuba sampaikan, nak buat macam mana? Kalau saya jawab silap nanti awak juga yang marah,” jawab Hidayah dengan nada merajuk.

“Iyelah. Awak menang. Awak mengantuk dah ke? Tidur k. Sorry ganggu awak macam ni malam-malam."

"Hmmm...Takpelah. Bye awak."

Aiman terus mematikan talian sebelum sempat Hidayah hendak berkata apa-apa lagi. Gadis itu mengeluh berat. Dia mengambil keputusan untuk tidur saja. Tak perlu dia berfikir apa-apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience