BAB 11

Romance Completed 7620

"Maafkan saya, saya terlewat!" Tersenyum Hidayah melihat wajah gabra si Aiman. Aiman juga turut tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana terkantoi!

"Erm, saya orderkan minuman dulu untuk awak?" soal Aiman dan mengorak langkah menuju kaunter minuman.

“Nak saya temankan, kesian awak” Aiman terus memalingkan tubuhnya ke belakang.

“Boleh jugak,”balasnya menyeringai malu kononnya.

Hidayah berjalan di sebelah kanan. Dalam hati Aiman membayangkan seolah-olah dirinya berjalan bersama isterinya. Saat itu hati Aiman dan Hidayah merasa sangat bahagia sekali.

Aiman dapat merasa jantungnya berdetup sangat kuat apabila Hidayah berada disebelahnya. Hebat sungguh perasaan.

"Hidayah, tak lama lagi kita akan bersatu," bisik Aiman perlahan ke telinga Hidayah. Disambut dengan perasaan bahagia wanita itu.

"Kaau macam tu, cepatlah jumpakan keluarga kita."

"Ya, saya janji. Saya janji akan cepatkan semua ni terjadi. Tak sabar rasanya nak hidup berdua dengan awak." Jawab Aiman menyeringai gatal sambil dijeling oleh Hidayah.

------------------------------

Setelah perjumpaan dan perbincangan kedua belah pihak keluarga Aiman dan Hidayah, akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah setelah dua bulan ditunangkan.

"Cepatlah cium dahi isteri tu," usik Puan Johana disambut ketawa oleh Puan Kamalia.

"Tak payah nak malu-malu, kamu berdua dah sah pun sebagai suami isteri. Akad dah, cincin pun dah sarung," balas Puan Kamalia pula. Aiman dan Hidayah tersipu-sipu malu. Reaksi kedua-duanya disambut dengan deraian ketawa para hadirin yang memerhati.

Akhirnya Aiman menyentuh hujung dagu Hidayah untuk mendongakkannya lalu dahi isteri yang baru dinikahi itu dicium.

Tersenyum kedua-duanya bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience