BAB 1

Romance Completed 7620

"Cik, tunggu sekejap. Tunggu," panggil Aiman Hakim supaya gadis yang dilihatnya itu berhenti. Dia segera mendapatkan gadis itu. Di tangan gadis itu dilihatnya ada seekor anak kucing yang berwajah comot. Gadis itu berhenti dan menoleh ke arahnya.

"Cik nak ke mana?" tanya Aiman Hakim.

"Awak siapa ya? Kita ni kenal ke dan kenapa saya perlu beritahu?" balas gadis itu kasar.

"Oh, kita tak kenal. Saya baru nak berkenal-kenalan dengan cik." Jawab Aiman tersengih-sengih macam kerang busuk. Gadis yang ditegurnya pula buat muka pelik. Berkerut terus dahinya.

'Adeh, orang macam ni pun ada?' Bisiknya dalam hati.

"Saya cuma nak tahu nama cik boleh? Lepas tu bolehlah kita berkenalan kan," sambung Aiman dengan kening terangkat. Yakin je gadis tu akan layan permintaan dia.

Gadis itu memandang Aiman seakan tidak percaya. Seumur hidupnya, belum pernah ada mana-mana lelaki yang mahu bertanyakan nama apatah lagi berkawan dengannya. Sebab dia selalu dikatakan pelik dan disebabkan itu dia memilih untuk jadi lone ranger saja. Tapi permintaan Aiman tadi benar-benar mengejutkan baginya. Rare!

Untuk menguji keikhlasan lelaki di hadapannya itu, gadis itu memandang anak kucing yang sedang dipegang di tangannya.

“Nah,” gadis itu menyuakan anak kucing comot itu kepada Aiman Hakim.

"Eh, kenapa bagi saya ni? Saya nak tahu nak awak," soal Aiman.

"Saya baru je ambil kucing ni dalam longkang sana tu, Rasanya dia dah terpisah dari ibunya. Kalau awak berjaya jaga dan selamatkan dia, saya akan beritahu nama saya," katanya sambil memandang tajam ke arah Aiman.

“Oh, begitu, boleh. Saya janji akan rawat dan jaga dia betul-betul,” tutur Aiman. Gadis itu senyum kecil sambil bajunya dikemaskan.

“Kalau dia mati. Jangan harap saya lepaskan awak!” kata si gadis sambil tersenyum sinis. Beg yang dibawanya tadi dipeluk ke dada.

“OK Mam! No problem,” kata Aiman dengan yakin. Mata si gadis itu dijuling ke atas tanda menyampah.

“Kita tengoklah macam nanti,” kata si gadis lalu beredar.

Dua hari sudah berlalu. Kelibat gadis yang memberikannya anak kucing tempoh hari sudah tiada. Dalam dua hari ini, Aiman mencarinya untuk mengetahui nama gadis itu. Namun harapannya sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience