BAB 10

Romance Completed 7620

"Terima kasih Hidayah kerana selalu berada di samping saya dan bertahan untuk mengekalkan cinta ini. Teringat kembali ketika meraka masih sama-sama di universiti. Hidayahlah yang selalu melayan karenah mengada-ngadanya itu dengan sabar.

“Sememangnya dia telah memiliki ciri calon pilihan hatiku.”

Belum pun Aiman habis berangan berseorang, pintu biliknya diketuk.

"Boleh mama masuk sayang?" tanya Puan Johana melihat anaknya berkurung dalam bilik sejak balik dari kerja.

"Masuklah mama. Aiman bukannya tidur pun," balasnya ringkas.

"Aiman okay ke sayang, mama tengok Aiman muncung je. Kadang-kadang tersenyum sorang. Tapi sejak balik tadi, berkurung pulak dalam bilik. Ada apa-apa ke?" soal mamanya lembut.

"Tak ada apa mama. Cuma Aiman dan Hidayah dah sepakat."Puan Johana segera mengusap kepala anaknya apabila mendengar berita itu.

"Mungkin permintaan mama akan jadi kenyataan," balas Aiman tersengih.

"Apa pula yang akan jadi kenyataan ni?"tanya Puan Johana seakan sudah boleh mengagak.

"Aiman dan Hidayah akan berkahwin segera mengikut permintaan mama. Dan nanti Hidayah akan Aiman pertemukan dengan amma sebelum kita hantar rombongan meminang."

"Hahaha.. bertuah punya anak. Syukurlah," balas Puan Johana gembira mendengar pengakuan anaknya. Dipeluknya tubuh anaknya yang sudah dewasa itu. Dia pasti kedua-duanya akn bersatu sebagai suami isteri tidak lama lagi.

---------------------------

“Yaya nak ke mana petang-petang ni?” soal Puan Kamalia, ibu Hidayah.

“Saya nak berjumpa dengan Aiman sekejap,” balasnya.

“Sebut nama Aiman, bila nak bawa dia balik jumpa ibu?” soal Puan Kamalia agak hampa.

“Nantilah ibu. Yaya sedang usahakan supay akami akan berkahwin segera seperti yang ibu nak tu,” ujar Hidayah pula. Puan Kamalia mengeluh. Minuman yang tersedia dihirup perlahan. Doanya supaya mereka berdua boleh disatukan. Kalau boleh, dia nak Aiman menjadi menantu dan suami kepada anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience