BAB 7

Romance Completed 7620

"Mama, Aiman tak mahu kahwin dulu. Sebab Aiman kan baru sahaja bekerja," keluh Aiman sendirian. Jarinya memicit-micit kepalanya yang tidak sakit tapi serabut dengan permintaan terkejut dari mamanya.

“Mama tak kira. Kalau mama tak buat macam ni, sampai bila pun Aiman tak akan kahwin. Dah nak masuk dua tahun Aiman bekerja, satu perancangan nak kahwin pun mama tengok tak ada. Mama tak nak Aiman pilih perempuan yang hanya pandang kejayaan Aiman saja. Awak nak isteri yang macam tu? Aiman kena pilih yang betul-betul sesuai," leter Puan Johana di suatu malam ketika mereka sedang duduk bersantai di ruang tamu rumah. Aiman mengambil kesempatan itu untuk berterus terang dengan mamanya mengenai Hidayah. Namun diakhiri dengan leteran mamanya pula.

Aiman mengeluh kecil. Tidak pernah berputus asa untuk satukan dia dengan Hidayah sejak mengetahui Aiman keluar dengan anak gadis itu.

“Tapi masalahnya mama, Aiman dan Yaya baru je keluar bersama. So, mama rasa dia akan setuju ke?” Sengaja Aiman memberikan alasan.

“Kalau Hidayah setuju, awak pun setuju ke?” Puan Johana cuma memerangkap Aiman. Pemuda itu terdiam. Nampak gayanya, dia dah terjerat.

“Aiman tak bersedia lagi nak kahwin, tau tak. Mama ni tak habis-habis suruh saya kahwin.”

“Mama cuma...” Puan Johana terhenti tatkala Aiman tiba-tiba menguap dengan bunyi yang kuat. Dia tahu yang Aiman lagi sekali cuba mengelak topik itu.

“Aiman mengantuklah, mama. Esok pagi Aiman ada meeting. Saya masuk tidur dululah,” Aiman segera bangun dari sofa dan bersalam dan bercium tangan dengan mamanya seperti biasa sebelum masuk tidur. Puan Johana mengeluh geram.

“Degil betul nak dengar cakap mama,”kata Puan Johana.

“Aiman masuk tidur dulu ye mama? Assalamualaikum,” Aiman terus melangkah pergi.

Puan Johana memandang langkah anaknya itu sambil mengeluh. Entah apa lagi yang perlu dia lakukan supaya anaknya itu berkahwin dengan Hidayah.

----------------------

"Mama saya dah bertanya bila saya nak tamatkan zaman bujang. Kalau kita kahwin segera, awak nak tak? Sekarang juga saya boleh masuk meminang!" tanya Aiman kepada Hidayah ketika mereka sedang menikmati makan malam berdua di sebuah restoran.

Tersedak Hidayah dibuatnya apabila disoal sedemikian rupa. Bukan kali pertama, Aiman menyatakan hasrat mahu mengahwininya tapi dia sendiri belum bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga. Setiap kali diajukan soalan kahwin, setiap kali itu jugalah dia akan menolaknya. Kadang terasa malu sendiri.

"Apa? Mama suruh awak kahwin dengan saya lagi ke?"

"Iyelah. Kalau awak nak tahu mama siap pesan nak tolong jodohkan saya jika saya tak mahu kahwin lagi dalam tahun ini." balas Aiman dengan nada nak merajuk.

"Eh, takkan sampai macam tu sekali? Ala... Saya belum sedia nak jadi isteri la awak."

"Kita kahwin je, bukan suruh awak berhenti kerja pun."

"Mama mesti nak cucukan? Habis tu habislah kerjaya saya. Mana nak pergi kerja, mana nak bahagi masa untuk awak dan anak-anak. Saya betul-betul belum bersedia. Awak lengah-lengahkan lah mama," jawab Hidayah panjang lebar.

Aiman tersentap. Tapi dia juga tdak boleh berbuat apa-apa ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience