BAB 14

Other Completed 522

“Mak su!” Sergah Qayyum. Aisyah terkejut. Serta-merta lamunannya mati.
Dia berkalih ke arah Qayyum.

“Mak su termenung lagi! Bosan la Qayyum macam ni. Jomlah kita balik!”
Ajak Qayyum. Dia menarik muka masam.

Aisyah hanya tersenyum kemudian dia bangun dan memimpin tangan kecil
Qayyum untuk pulang ke rumah semula. Dalam perjalanan, sebuah kereta
Honda Accord secara tiba-tiba memperlahankan kereta di sebelah Aisyah
dan Qayyum. Aisyah melindungi Qayyum dengan memeluk erat bahu Qayyum.
Aisyah tidak dapat melihat pemandu kereta itu kerana cerminnya agak
gelap. Tiba-tiba cermin tingkap diturunkan. Aisyah memandang ke arah lain.

“Assalamualaikum…” Pemandu itu memberi salam.

Aisyah tersentak. Dia cukup mengenali suara itu. Aisyah memandang
pemandu itu. Pemandu itu tersenyum. Ternyata sangkaannya benar.

“Iskandar !” Ucap Aisyah.

Iskandar tersenyum. “Saya akan datang rumah awak petang nanti. Jangan ke
mana-mana, ya?”

Aisyah tersenyum kemudian dia mengangguk. Selepas itu, Iskandar meneruskan
perjalanannya pulang ke rumah orang tuanya. Aisyah pula memimpin tangan
Qayyum dan teruskan berjalan. Sesampainya mereka di rumah, Rahim
sudahpun menunggu mereka di tangga rumah. Qayyum segera berlari dan
menerpa ke arah ayahnya.

“Assalamualaikum, anak ayah..”

Qayyum tersengih. Pelukan dileraikan. “Waalaikumusalam, ayah!” Jawab Qayyum.

Aisyah hanya berdiri di hadapan mereka berdua. Memerhatikan kemesraan
abangnya dengan Qayyum.

“Seronok pergi pantai pagi ni?” Tanya Rahim.

Qayyum mengangguk. “Seronok, ayah! Tapi…”

“Tapi, Mak su termenung lagi, kan?” Teka Rahim. Qayyum mengangguk.

Aisyah menundukkan pandangannya apabila Rahim memandangnya. Rahim
menumpukan perhatian kepada anaknya semula.

“Lepas ni.. Mak su dah tak termenung lagi dah!” Ujar Rahim.

Qayyum pelik. “Kenapa, ayah?” Tanyanya.

Rahim tersengih. “Sebab Mak su dah nak kahwin..”

Aisyah tersentak. ‘Kahwin? Dengan siapa?’ Hatinya mula berbisik.

“Mak su akan kahwin dengan seseorang yang telah ditakdirkan untuk dia..”
Rahim memandang Aisyah. Aisyah menangkat mukanya memandang Rahim. Rahim
senyum.

“Adik pergilah bersiap. Nanti petang, dia datang rumah kita.” Ujar Rahim.

‘Petang?’ Serta-merta dia teringatkan kata-kata Iskandar sebentar tadi
bahawa dia ingin datang ke rumah mereka petang ini. Hati Aisyah mula
berdebar-debar. ‘Adakah dia?’

Aisyah kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke
dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam. Hatinya mula
berdebar kuat. ‘Ya Allah… Adakah dia yang akan datang petang ini?
Sesungguhnya Kau Maha mengetahui…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience