BAB 13

Other Completed 522

“Assalamualaikum..” Rahim melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki
kanan. Hamiza yang datang dari arah dapur segera mengambil beg-beg
plastik di tangan suaminya kemudian dia ke dapur semula untuk meletak
barang.

Rahim duduk di atas sofa. Matanya meliar-liar di ruang rumah. Isterinya
datang dari dapur dengan membawa secawan air kopi untuknya. Dia
mengucapkan terima kasih sebelum mencicip sedikit air itu.

“Senyap aje rumah ni. Ibu dengan ayah pergi mana?” Tanya Rahim.

“Mereka pergi kenduri kahwin anak Pak Salim.” Jawab Hamiza.

Rahim mengangguk. “Qayyum?”

Hamiza senyum. “Ke mana lagi dia kalau tak ke pantai..”

Rahim ketawa kecil. “Dengan Aisyah?”

Hamiza mengangguk.

“Assalamualaikum..” Kedengaran suara lelaki memberi salam dari luar
rumah seiring dengan ketukkan di pintu.

Rahim memandang Hamiza. “Miza pergi pakai tudung. Biar abang yang buka
pintu.” Ujar Rahim.

Miza mengangguk kemudian berlalu ke bilik untuk memakai tudung. Apabila
isterinya masuk ke dalam bilik, Rahim bangun untuk membuka pintu. Tombol
pintu dipulas perlahan.

“Waalaikumusalam..” Jawab Rahim. Dia tersenyum panjang apabila melihat
tetamu yang datang.

“Apa khabar Rahim?” Tanya tetamu itu.

“Alhamdulillah, aku sihat. Eh, masuklah!” Ajak Rahim. Tetamu itu
melangkah masuk ke dalam rumah kemudian duduk di sofa.

“Lama kau tak datang sini, Iskandar . Mana kau pergi?”

Iskandar tersenyum kecil. “Aku sibuk bekerja di bandar. Ni pun aku minta
cuti tiga hari untuk balik sini.”

Rahim mengangguk.

“Senyap aje rumah kau ni? Mana ibu dan ayah kau?”

“Ibu dengan ayah aku pergi kenduri kahwin anak Pak Salim..” Jawab Rahim.
Dia melihat Iskandar mengangguk berkali-kali.

“Err.. Aisyah?” Tanya Iskandar malu.

Rahim ketawa. “Ingatkan tak nak tanya tadi.” Ujarnya. “Dia teman anak
aku, Qayyum pergi pantai.” Sambung Rahim lagi.

Iskandar mengangguk lagi.

“Aisyah ada tanya aku pasal kau.” Kata Rahim tiba-tiba.

Iskandar menoleh ke arah Rahim. Dahinya berkerut. “Tanya apa?”

Kehadiran Hamiza yang datang membawa secawan air kopi membuatkan Rahimtidak jadi untuk bersuara. Setelah meletakkan cawan di meja, Hamiza
terus berlalu ke arah dapur semula. Iskandar memandang Rahim dan Rahim
memandang Iskandar .

“Aisyah tanya apa?” Iskandar mengulangi pertanyaannya.

Rahim senyum. “Dia tanya bila kau nak datang.”

“Maksud kau?” Iskandar masih tidak faham. Dahinya berkerut.

Rahim mengeluh. “Kau ni buat-buat tak faham atau memang tak faham?”

Iskandar menggeleng. “Aku tak faham.” Jawabnya.

“Aisyah tanya bila kau nak masuk meminang dia..” Ujar Rahim.

“Betul ke?” Iskandar menginginkan kepastian. Rahim mengangguk. “Tapi..
Boleh ke?”

Rahim ketawa. “Apa pula tak bolehnya. Boleh.. Aisyah dah lama tunggu.”

“Kalau macam tu, esok aku datang dengan mak dan ayah aku.” Ujar Iskandar .
Dia tersenyum kegembiraan.

Rahim menggeleng. “Tak payah tunggu esok. Nanti petang sikit, kau datang
dengan mak dan ayah kau.”

Iskandar hanya mengangguk. Di hatinya, sebuah kegembiraan dirasai.
Akhirnya, sebuah penantiannya berakhir. Hanya tinggal selangkah sahaja
lagi untuk ke alam perkahwinan yang diredhai oleh Allah. Insya-Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience