BAB 8

Other Completed 522

Sesi persekolahan pada akhirnya tamat. Semua pelajar mula beransur untuk
pulang ke rumah mereka termasuklah Aisyah. Mazlan yang berdiri di luar
pagar sekolah menjengulkan kepalanya, tercari-cari kelibat Aisyah
disebalik pelajar-pelajar yang berasak-asak keluar dari pagar sekolah.

Apabila kelibat Aisyah ditemui, segera dia berjalan laju lalu menyergah
Aisyah dari tepi. Aisyah yang terkejut dengan kehadiran Mazlan, segera
beristighfar panjang. Langkahnya dipercepatkan, namun Mazlan masih juga
mengikutinya. Aisyah menjarakkan dirinya dengan Mazlan memandangkan
kedudukan mereka terlalu dekat.

Mazlan tidak berputus asa. Dia mendekatkan dirinya dengan Aisyah.
Tangannya cuba mencapai tangan kiri Aisyah namun Aisyah lekas bertindak
dengan menarik tangannya. Aisyah berhenti menapak. Dia merenung Mazlan
dengan pandangan tajam.

“Tolong jangan sentuh saya!” Aisyah memberi amaran.

Mazlan ketawa. “Jangan risaulah. Saya sentuh sikit aje.” Sekali lagi dia
mencapai tangan Aisyah, dan kali ini Aisyah tidak dapat mengelak apabila
Mazlan lebih pantas menggenggam kuat pergelangan tangannya.

“Lepaskan aku!” Aisyah mula berkasar. Sedaya upaya dia bergelut dengan
Mazlan supaya melepaskan pegangannya.

Mazlan ketawa sinis. “Sikit aje..”

Aisyah mula rasa takut dengan perbuatan Mazlan. Takut dia diapa-apakan
oleh Mazlan jika nafsu lelaki itu tidak dapat dikawal. ‘Ya Allah.. Aku
berlindung denganMu dari syaitan yang direjam..’

“Lepaskan dia!”

Jeritan seseorang membuatkan Mazlan terkejut. Genggaman di tangan Aisyah
serta-merta dilepaskan. Aisyah dan Mazlan serentak menoleh ke arah suara
itu. Akhirnya, Aisyah tersenyum lega. Mazlan pula mengetap giginya,
menahan rasa marah yang mula membakar.

“Kau siapa?!” Tanya Mazlan kasar.

Lelaki itu berjalan menghampiri Mazlan. “Saya kawan dia, Iskandar .” Tangan
kanannya dihulurkan.

Mazlan melihat tangan Iskandar dengan senyuman sinis. “Maaf, tangan aku kotor.”

Iskandar hanya memaniskan mukanya kemudian perlahan-lahan menurunkan
tangannya. “Saudara ada masalah apa dengan Aisyah?” Tanyanya.

Mazlan senyum sinis. “Itu bukan masalah kau!”

Mazlan melangkah meninggalkan Aisyah dan ingin kembali ke sekolah
semula. Apabila bertembung dengan Iskandar , sempat dia melanggar bahu kiri
Iskandar dengan kuat. Iskandar tetap tenang. Dia hanya memerhati Mazlan yang
sedang ketawa sambil berjalan.

Iskandar menoleh ke arah Aisyah semula.

Aisyah senyum. “Terima kasih sebab bantu saya..” Ucapnya.

Iskandar mengangguk kecil. “Sama-sama..”

Usai memberi salam, Aisyah meneruskan perjalanannya menuju ke rumah yang
tertangguh tadi kerana Mazlan. Iskandar pula, membiarkan Aisyah berjalan
jauh dari padangannya kemudian baru dia berjalan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience