BAB 4

Other Completed 522

“Assalamualaikum..” Rahim memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.
Selepas itu, dia menutup dan mengunci pintu rumah. Rahim menoleh ke arah
adik perempuannya yang khusyuk menonton rancangan di televisyen. Dia
mendekati adiknya lalu duduk bersebelahan dengan Aisyah.

“Khusyuknya adik tengok tv, sampaikan abang beri salam pun adik tak
dengar..” Ujar Rahim.

Aisyah senyum. “Adik dengarlah.. Adik jawab dalam hati, tau!” Jawab Aisyah.

Rahim ketawa kecil.

Aisyah memandang Rahim. “Lambat abang balik malam ni. Ada perbincangan
apa-apa ke?” Tanya Aisyah.

Rahim mengangguk. “Ya.. Tok imam ada buat cadangan nak besarkan surau
kampung kita tu..”

“Haa.. Baguslah kalau macam tu!” Sokong Aisyah.

“Memanglah.. Tapi kos nak buat pembinaan tu masih lagi tak cukup.” Rahim
mengeluh.

Aisyah diam. Dia memikirkan sesuatu. “Emm.. Abang.” Panggilnya.

Rahim menyahut.

“Esok abang cuti, kan?” Tanya Aisyah.

“Ya, kenapa?”

“Boleh esok abang temankan adik ajar budak-budak mengaji tak?” Pinta
Aisyah. Dia memandang muka Rahim.

“Kenapa?” Rahim tidak menjawab.

“Ibu tak sihat..” Jawab Aisyah.

Rahim mengerutkan dahinya. “Tak sihat?”

Aisyah mengangguk.

Rahim mengeluh lagi. Dia mendiamkan diri agak lama sebelum mengangguk
setuju ingin menemani adiknya mengajar mengaji.

Aisyah melonjak gembira. “Terima kasih, abang! Sayang abang!” Ucapnya.

Rahim ketawa kecil. “Sama-sama. Abang sanggup buat apa saja, asalkan
adik abang gembira. Lagipun, abang tahu.. Adik sayang betul dengan
budak-budak tu, kan?”

Aisyah tersengih.

“Abang nak air? Adik buatkan...” Tanya Aisyah.

Rahim menjongketkan kening. “Nak bodek abang la tu..”

Aisyah ketawa kecil kemudian bangun menuju ke dapur untuk membuat
minuman untuk abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience