BAB 2

Other Completed 522

Selepas sesi persekolahan pada hari itu tamat, Aisyah dan Ros berjalan
pulang ke rumah mereka bersama-sama. Sambil berjalan, mereka berdua
galak bercerita namun tiba-tiba sahaja mereka diterpa oleh Mazlan.
Aisyah yang terkejut pantas menjarakkan dirinya dari Mazlan.

Mazlan tersengih. “Hai Aisyah!” Sapanya.

Aisyah tidak menjawab. Dia hanya menunduk memandang ke bawah.

“Awak dah baca surat yang saya beri pada awak?” Tanya Mazlan. Dia cuba
menarik perhatian Aisyah untuk bercakap dengannya.

Aisyah tetap mendiamkan dirinya manakala Ros disebelahnya sudah mula
berang dengan sikap Mazlan. Dia mendengus.

“Mazlan! Kau ni tak sedar lagi ke yang Aisyah ni tak nak dengan kau? Kau
ni betul-betul macam perigi mancari timba!” Marah Ros.

Mazlan mendengus kuat sambil tersenyum sinis. “Kau ni kenapa, Ros?
Cemburu? Aku tahulah kau tu tak ada peminat macam Aisyah ada..” Jawab
Mazlan mengejek.

Ros mula berjalan dan berdiri di hadapan Mazlan dan serentak itu mereka
bertiga berhenti melangkah. Mata Ros tajam merenung Mazlan yang berada
di hadapannya. Mazlan pula memandangnya dengan senyuman sinis.

“Eh, Mazlan! Kau dengar sini! Aisyah ni tak pandang pun lelaki macam
kau! Kau ingat kami berdua tak tahu yang kau ni merokok dalam kawasan
sekolah? Bila-bila masa aje kami boleh lapor pada guru disiplin, tahu?!
Jadi, tak perlulah kau nak bazirkan kertas dan dakwat pen untuk tulis
surat cinta dekat Aisyah!” Ros meluahkan rasa marahnya yang meluap-luap
terhadap Mazlan.

Aisyah mula risau melihat sahabatnya, Ros. Perasaan risaunya bertambah
apabila melihat Mazlan sedang mengepal penumbuknya. Aisyah memegang dan
menarik perlahan tangan kiri Ros. “Istighfar, Ros.. Marah itu api.”

Ros segera beristighfar.

Aisyah mendongak memandang Mazlan. “Maaf, Mazlan. Kami pergi dulu..”
Aisyah kemudian memimpin tangan Ros untuk pulang ke rumah mereka.
Semakin lama mereka semakin jauh dari pandangan Mazlan.

Mazlan merengus kencang. Dia mengambil sebatang rokok dan pemetik api di
dalam poket seluar sekolahnnya. Rokok itu dibawa ke bibirnya lalu
dinyalakan dengan pemetik api. Asap rokok dihembus kuat. Mazlan sempat
merengus sekali lagi sebelum berpaling ke sekolah semula untuk mengambil
motosikalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience