BAB 7

Other Completed 522

Pada waktu rehat, dua sekawan itu menunggu Mazlan di suatu sudut yang
terletak di kantin. Sudah lebih 10 minit mereka menunggu, namun kelibat
Mazlan masih juga tidak ditemui. Ros mula berasa sakit hati apabila
mereka berdua telah membazirkan waktu rehat mereka hanya untuk menunggu
Mazlan yang tidak menepati janjinya. Penumbuknya dikepal-kepal.

“Kalau aku dapat Mazlan tu, tahulah apa aku nak buat pada dia!” Marah Ros.

Aisyah menggeleng perlahan. “Sabar, Ros. Mungkin dia ada kerja lain kena
buat. Sebab tu dia tak dapat datang jumpa kita..” Pujuk Aisyah.

Ros ketawa mengejek. “Ya! Memang dia ada kerja lain nak buat. Kerja
gelakkkan kita yang dah kena tipu dengan dia!”

Aisyah mengeluh. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk berhenti
menunggu Mazlan dan pergi membeli makanan dan minuman untuk mengisi
perut mereka yang kosong. Selesai membeli sebungkus roti dan sekotak air
coklat, mereka duduk di sebuah kerusi panjang yang kosong.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Maaf menganggu.. Perhatian
kepada pelajar yang bernama Ros Hani binti Kamarulzaman dari kelas 5
Alpha, sila datang ke pejabat bersama beg sekolah anda. Terima kasih…”

Selesai pengumuman dibuat, Aisyah memandang Ros. “Itu kan nama kau?”

Ros mengangguk berulangkali. “Kenapa, ya?”

Aisyah menjongketkan bahu. Mereka yang belum sempat makan, segera
bergegas meninggalkan kantin sekolah dan menuju ke kelas mereka untuk
mengambil beg sekolah Ros. Selesai mengemas buku-buku sekolah, Aisyah
berjalan bersama Ros menuju ke pejabat sekolah.

Sesampainya mereka di pejabat sekolah, Ros bertanya kepada kerani
sekolah mengapa namanya dipanggil untuk ke pejabat. Rupa-rupanya, ayah
Ros sedang terlantar di hospital kerana terkena serangan jantung. Mak
cik Ros datang ke sekolah untuk menjemputnya pulang ke rumah.

“Maaf, Aisyah. Aku tak dapat temankan kau balik hari ini..” Ujar Ros
serba salah.

Aisyah senyum. “Alaa.. Tak apa, aku boleh balik sendiri.” Aisyah cuba
menyenangkan hati Ros.

Selesai bersalaman, Ros berjalan pulang bersama-sama dengan mak ciknya.
Aisyah pula berjalan untuk masuk ke kelasnya memandangkan waktu rehat
sudahpun berakhir. Roti dan air coklat yang tidak sempat dijamahnya,
disimpan di dalam beg sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience