BAB 5

Other Completed 522

Malam itu, selepas solat isyak berjemaah, Rahim meminta diri untuk
menemani adiknya, Aisyah mengajar budak-budak mengaji di sebuah bilik
yang terletak di belakang surau. Para Jemaah hanya membenarkan. Rahim
kemudiannya masuk ke dalam bilik itu dan membiarkan pintu bilik terbuka.
Ketika dia melangkah masuk, kelihatan beberapa orang budak sedang
mengaji sementara menunggu giliran mereka tiba.

Rahim duduk agak jauh dari adiknya kemudian memanggil kanak-kanak lelaki
untuk belajar mengaji dengannya. Serentak dengan itu, kanak-kanak lelaki
lekas beratur di hadapan Rahim. Rahim menggeleng-gelengkan kepalanya
sambil tersenyum.

Selesai mengajar mengaji, Aisyah membantu Rahim menutup suis lampu dan
kipas. Manakala Rahim menutup tingkap-tingkap surau. Selepas semua
barang di surau sudah dipastikan dalam keadaaan yang baik, mereka adik
beradik keluar dari surau. Rahim menutup dan mengunci pintu surau.
Aisyah hanya menunggu abangnya yang sedang memangga pintu.

“Assalamualaikum, Rahim?”

Rahim menoleh kemudian dia tersenyum gembira.

“Subhanallah.. Iskandar !” Rahim berjabat tangan dengan kawannya itu sebelum
membuat salam semut.

“Bila kau balik?” Tanya Rahim.

Iskandar senyum. Sempat dia mengerling ke arah Aisyah yang berdiri di
sebelah Rahim. “Baru petang tadi. Aku tengah cuti semester ni…”

Rahim mengangguk.

“Oh, ya! Iskandar , ini adik aku, Aisyah. Aisyah, ini kawan yang belajar
sama-sama dengan abang di universiti dulu..”

Iskandar hanya menundukkan kepalanya sedikit. Begitu juga dengan Aisyah.

Rahim tersenyum. “Eh, Iskandar ! Marilah ke rumah aku sekejap. Boleh kita
berbual-bual sikit.” Ajak Rahim.

Iskandar ketawa kecil sebelum mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience