Lisa cuba untuk mengadu simpati dari saudara terdekatnya namun mereka tidak mempercayai dia kerana setiap kali mereka berjumpa dengan Adila, mereka pasti yang Adila bukanlah orang seperti tu. Lisa cuba untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat bapanya namun memandangkan dia tidak ada pengalaman sedemikian, dia mengalami kesukaran untuk bekerja dengan baik. Inara pula bekerja dengan lebih keras sejak pemergian Khalid untuk menstabilkan syarikat itu. Nabil mula menaruh perasaan lagi kepada Inara dan cuba untuk mendekati Inara tetapi Inara beranggapan yang Nabil telah mengkhianati dia dengan berhubungan dengan Lisa.
Lisa menjadi semakin jahat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain. Dia juga bertegas untuk bersama dengan Nabil sehingga Nabil menjadi marah dengan dia. Pada masa yang sama, Lisa mencintai Nabil yang mencintai Inara. Tapi, Inara tidak memberi perhatian tentang cinta ini kerana syarikat mereka telah mengalami masalah dan Inara terpaksa menanggung semua masalah itu.
Ramai pelabur mula menarik diri dan syarikat mereka telah rugi dengan banyak. Namun, Inara cuba bekerja dengan lebih keras sehingga dia tidak ada masa untuk tidur demi menyelamatkan syarikat itu. Apabila dia mula mengalah, dia akan teringat janjinya dengan Khalid dan akan cuba bangun dan memikirkan strategi yang lebih baik untuk memegang janjinya.
Share this novel