Hari berganti hari, Lisa semakin sedar dengan usaha Inara yang ikhlas membantu syarikat bapanya. Lisa membuat keputusan untuk memberi pertolongan kepada Inara pada suatu hari dan Inara segera memeluk Lisa dengan gembira dan membawa dia sekali dalam usahanya itu. Mereka berdua menjadi semakin rapat dan Nabil tidak lagi menjadi penghalangan hubungan adik beradik mereka. Usaha mereka berdua semakin menjadi dan mereka berdua dapat menarik lebih ramai pelabur daripada sebelum ini.
Semua ahli pemegang saham sangat gembira dengan setiap yang di lakukan Inara dan Lisa. Setiap hari, mereka akan balik ke rumah bersama dan meluangkan masa bersama adik mereka iaitu Aidil. Aidil sudah berumur sepuluh tahun dan sangat bijak seperti kakak-kakanya. Pada mulanya, Adila tidak setuju dengan perbuatan Inara yang menjadi semakin rapat dengan Lisa kerana dia mahu semua harta keluarga itu jatuh ke Inara dan Aidil sahaja. Akan tetapi, Inara melemparkan kata-kata yang menyedarkan Adila agar tidak bersikap tamak lagi.
Lisa ternampak situasi dimana anak-beranak itu bergaduh dan merasa sangat bersyukur dengan kakaknya. Lisa meminta maaf dengan segala perbuatan dia dahulu terhadap Inara. Inara pula mengakhiri malam itu dengan menceritakan kisah hidupnya dengan Lisa sehingga menyebabkan Lisa sangat bangga dengan Inara. Adila pula meminta maaf dengan Lisa tidak lama selepas itu diatas segala niatnya itu.
Share this novel