BAB 1

Drama Completed 2809

Inara merupakan anak kepada Adila, seorang janda yang selalu keluar berfoya-foya setiap malam. Sudah tentu, Adila bukanlah contoh yang baik untuk anaknya sehingga anaknya membencinya dan selalu membuat hal. Akan tetapi, Adila sebenarnya telah berada dalam hubungan yang tidak sihat bersama bapa Inara. Menyebabkan dia menjadi janda yang penuh dengan rasa kesal dan benci terhadap lelaki. Malah, dia hanya mahu bersama mereka demi sesuap nasi untuk menanggung anaknya. Walaupun Adila membenci bapa Inara, tidak pernah sekalipun dia membenci anaknya itu.

Inara pula seorang remaja yang cantik dan juga seorang introvert. Kisah hidupnya telah memberi kesan dengan pergaulan sosial Inara. Meskipun Inara menjadi semua ini, inara tetap menjadi pelajar yang bijak dalam pelajarannya walaupun tanpa perhatian ibunya. Mereka berdua tinggal di sebuah rumah yang sangat daif keadaannya dan Inaralah yang selalu menjaga ibunya yang sering mabuk. Setiap pagi, dia akan hidangkan sarapan untuk ibunya sebelum pergi ke sekolah dan sekiranya Adila ada masalah dengan along, mereka akan segera berpindah ke tempat lain lagi. Semua ini telah menjadi lumrah hidup Inara yang membesar dengan ibunya, Adila.

Pada suatu pagi, Adila kembali ke rumah dengan penuh teruja bersama seorang lelaki. Adila segera menyuruh anaknya mengemas dan ikut bersamanya ke suatu tempat. Pada mulanya, Inara berkeras tidak setuju dengan Adila namun setelah beberapa pujukan dia akhirnya akur dengan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience