BAB 6

Drama Completed 2809

Nabil sebenarnya agak sedih dengan pemergian Inara ke luar negara untuk belajar akan tetapi dia faham keterujaan untuk menuntut pelajaran di luar negara dan meluangkan masa dengan Inara untuk memberikan tips dan sebagainya kepada dia. Dalam diam, Inara telah memendam perasaan cintanya terhadap Nabil dan sama juga dengan Nabil. Namun, situasi mereka berdua menyebabkan mereka tidak berani untuk mengaku perasaan mereka terhadap satu sama lain.

Akhirnya, hari yang dinantikan tiba. Inara berangkat ke London bersama ibu bapa nya yang akan menghantarnya ke kota metropolitan itu. Nabil memberikan sebatang pen kepada Inara sebelum dia pergi berangkat. Inara mengucapkan selamat tinggal kepada semua yang ada di rumah itu termasuklah adik-adiknya. Mereka akhirnya berangkat ke London yang memakan masa 12 jam.

Inara menetap di London selama 4 tahun sehingga dia mendapat ijazah sarjana muda. Kehidupan Inara di London agak baik dan dia dapat bergaul dengan orang ramai. Inara juga menjadi ekstrovert dalam masa beberapa tahun sahaja. Secara keseluruhannya, Inara menjadi pelajar yang baik di universitinya dan telah mengguna baik peluangnya belajar diluar negara. Di Malaysia pula, Lisa akhirnya menamatkan zaman kolejnya dengan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang seni. Lisa meminta bapanya membantu dia membuka sebuah galeri sebagai karier pertamanya. Pada masa ini, Nabil dan Lisa telah menjadi semakin rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience