BAB 2

Drama Completed 2809

Mereka bertiga akhirnya sampai di sebuah rumah banglo. Terdapat banyak kereta mewah yang ada di rumah itu dan sangat cantik seperti istana. Adila sangat teruja ketika masa itu tetapi tidak Inara. Walaupun ini kali pertama Inara dibawa berjumpa teman lelaki ibunya, dia tahu niat ibunya dan tidak pernah berminat untuk mengambil tahu tentang semua ini. Di dalam rumah, mereka disambut dengan anak lelaki itu dan seorang lagi lelaki. Inara dikejutkan dengan sikap Adila yang sangat mesra dengannya dihadapan lelaki tadi. Adila pula terlebih mesra dengan anak perempuan bakal suaminya itu sehingga mereka berdua berpelukan dihadapan Inara. Inara terkilan dengan perbuatan ibunya kerana selama ini, Adila tidak pernah memeluk anaknya mahupun memanjakan anaknya itu.

Khalid yang sedar dengan reaksi Inara segera menghentikan situasi itu dan membawa mereka semua makan malam. Inara hanya mendiamkan diri sepanjang malam itu manakala ibunya pula sangat teruja berada di tempat itu. Pada malam itu, Khalid dan Adila mengumumkan yang mereka berdua akan berkahwin dan menetap di rumah mereka. Lisa pula memberikan respon yang sangat baik manakala Inara hanya meneguk segelas air dan mendiamkan diri. Malam itu diakhiri dengan Adila dan anaknya di jemput tidur di bilik tetamu di rumah itu. Semasa mereka berdua berada di dalam bilik, Adila menegur sikap anaknya di hadapan Lisa dan Khalid. Dia juga menegaskan yang mereka berdua akan berada di rumah itu buat selamanya dan tidak lagi berkelakuan seperti sebelum ini.

Inara hanya mendiamkan diri dan segera melelapkan mata. Keesokkan harinya, mereka semua berkumpul di meja makan dan sarapan bersama. Inara masih lagi tidak bergaul bersama yang lain dan Lisa pula menjadi perhatian utama di rumah itu. Khalid membawa mereka semua ke pusat membeli belah untuk bersedia dengan majlis perkahwinan mereka. Mereka semua membeli belah dengan gembira sementara Inara hanya membaca buku dan mendiamkan diri. Inara disapa oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai pembantu Khalid iaitu, Nabil. Dia memberikan satu bar coklat kepada Inara yang semakin jemu mengikut keluarga barunya. Inara hanya menerima pemberian Nabil dan tidak melayannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience