BAB 5

Drama Completed 2809

Kini, Adila telah beranak bayi lelaki yang comel. Raut wajah bayi itu sama seperti Inara dan mulutnya pula sama seperti Lisa. Bayi itu dan Adila menjadi perhatian utama di keluarga itu. Setiap hari, akan ada saudara yang datang melawat dengan ucapan tahniah mereka kepada keluarga Khalid. Inara pula akan bertapuk di dalam bilik sementara Lisa melayan tetamu mereka semua. Kedua – dua Inara dan Lisa sebenarnya gembira dengan keadaan adik baru mereka akan tetapi Inara bukan lah seorang yang dapat mengekspresikan perasaan gembiranya dengan baik dan hanya melawat adiknya ketika dia sedang tidur.

Pada satu pagi, Inara melawat adiknya di bilik ibunya. Pada masa itu, Adila memegang tangan Inara dan memberitahunya sesuatu. “Inara, mama sangat bangga dengan kamu. Dan mama mau kamu juga bangga dengan mama. Inara, hidup mama sangat gembira sangat sekarang dan mama mahu kamu pula belajar dengan baik agar kamu boleh mengambil alih syarikat papa kamu…” Inara bingung dengan ayat terakhir ibunya itu namun mereka berdua dikejutkan dengan Khalid dan Lisa yang datang melawat bayi comel itu.

Lisa dan Inara akhirnya telah menamatkan sekolah menengah mereka dan berfikir untuk melanjutkan pelajaran. Nabil telah membantu Inara untuk mendaftar di pelbagai university yang hebat berdasarkan pencapaiannya yang sangat baik. Lisa pula hanya dapat untuk mendaftar di university yang biasa kerana keputusannya yang hanya memuaskan. Inara akhirnya di terima disebuah university terkenal di United Kingdom manakala Lisa hanya dapat belajar di sebuah kolej tempatan. Keputusan ini telah membuat Lisa semakin benci dan cemburu dengan Inara namun memandangkan Inara akan pergi dari rumah itu, Lisa tahu yang dia akan dapat menjadi kebih dekat dengan Nabil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience