Inara diberi peluang untuk belajar di sekolah yang sama dengan Lisa, anak perempuan kesayangan Khalid. Sekolah yang diperginya itu agak susah berbanding sekolah Inara yang dahulu. Inara mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di sekolah itu. Lisa pula cuba untuk memastikan kakak tirinya itu selesa di sekolahnya namun personality mereka berdua sangat berbeza. Inara sukar diterima di sekolah itu sehingga dia semakin stress di rumah. Pelajarannya juga semakin merosot sehingga Adila dipanggil pihak sekolah. Adila hanya melaporkan diri dan menegur Inara untuk berkelakuan baik kerana dia masih belum lagi sah sebagai isteri Khalid.
Beberapa bulan kemudian, Adila akhirnya berkahwin dengan Khalid di sebuah majlis yang sangat meriah. Kehadiran Adila di keluarga itu disambut baik dan disayangi ramai. Anaknya pula hanya mendiamkan diri di bilik mereka dan tidak seperti Lisa yang mendapat perhatian ramai. Nabil sedar akan ketiadaan Inara di majlis itu dan segera mendapatkannya. Akan tetapi, Nabil pula terlihat Inara yang sedang menangis bersendirian di biliknya. Dia membuat keputusan untuk membiarkannya sahaja di bilik.
Khalid dapat tahu tentang prestasi anak tirinya dan cuba untuk bercakap dengannya namun Inara masih mengasingkan dirinya dan mengelak daripada bercakap dengan Inara. Khalid cuba memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Inara dengan meminta bantuan Nabil untuk mengajar Inara selepas sekolah dan memastikan prestasi pembelajarannya semakin baik. Pada masa yang sama,Adila telah mengandung anak Khalid dan berita ini telah menggembirakan seluruh rumah kecuali Inara. Inara hanya bersikap neutral dan tidak berminat untuk mengambil tahu hal ehwal rumah itu. Pada suatu hari, Inara ternampak Adila yang sangat rapat dengan Lisa dan Khalid juga ternampak reaksi Inara yang sangat terluka dengan perbuatan ibunya.
Share this novel