Inara telah kembali ke Malaysia dan telah membangga kan ibubapanya. Adila sangat gembira dengan Inara yang akan kembali ke rumah itu setelah empat tahun berada jauh dari rumah. Walaupun Adila pernah tidak menjaga Inara dengan baik, dia tidak pernah duduk berjauhan dengan Inara namun semasa Inara pergi menuntut pelajaran, Adila telah terpisah dengan anak pertamanya dan sering merindui Inara. Khalid membuat keputusan untuk memberi Inara bekerja di syarikatnya. Tanpa disangka, Inara telah melakukan prestasi yang baik dalam bekerja di syarikat bapa tirinya itu. Dia telah dipuji oleh ramai ahli Lembaga pengarah syarikat Khalid dan di beri peluang untuk naik pangkat hanya selepas beberapa bulan bekerja.
Malangnya, kesihatan Khalid mula merosot dan telah merisaukan orang ramai. Pada suatu malam, Khalid menunggu Inara yang belum balik rumah di ruang tamu. Apabila Inara tiba, Khalid mengajaknya berbual sebelum dia pergi berehat. Bapa tiri Inara memberitahu betapa bangganya dia dengan Inara yang telah berubah sejak dia datang ke rumah Khalid. Khalid juga memberitahu Inara yang dia sangat menyayangi Inara seperti dia sayang dengan Lisa dan Khalid telah membuat keputusan untuk memberikan amanah kepada Inara untuk menjaga syarikatnya sekiranya dia tidak sihat. Inara hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan permintaan bapanya itu.
Selepas beberapa bulan, Khalid telah menghembuskan nafas terakhirnya dan menyebabkan semua menjadi sedih dengan kejadian itu. Lisa pula hanya mengekspreskan rasa sedihnya dengan ibu tirinya tapi, Adila telah berubah sejak ketiadaan Khalid. Adila mula berlaku kasar dengan Lisa dan tidak menghiraukan dia. Lisa mula benci dengan Adila dan Inara dan beranggapan yang mereka sebenarnya hanya mahu harta Khalid. Inara tahu ibunya akan menjadi seperti itu tetapi dia tidak pernah mahu untuk mengkhianati Khalid akan tetapi Lisa sudah tidak percaya lagi dengan keluarganya itu dan cuba untuk menjatuhkan Inara.
Share this novel