Khalid cuba untuk berbual dengan Inara yang sedang berada di taman rumah itu. Khalid menceritakan tentang kehidupan masa kecilnya dan bagaimana dia membesar sebagai seorang yang baik dan Berjaya. Khalid menunjukkan sikap kebapaannya kepada Inara yang tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang bapa. Hari berganti hari, Inara semakin rapat dengan Khalid dan sudah boleh belajar dengan baik bersama Nabil. Akan tetapi, hubungan adik beradik Inara dan Lisa tidaklah serapat mana. Lisa sebenarnya cuba suka untuk bersama Inara tetapi sikap Inara yang dingin menyebabkan dia membuat keputusan untuk tidak rapat dengan Inara.
Lisa juga mula rasa cemburu dengan Inara yang semakin rapat dengan Nabil. Walaupun hanya beza 6 tahun, Lisa sudah lama menyimpan perasaan dengan Nabil yang dibesarkan bapanya. Lisa cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Nabil namun dia tidak pernah melihat Lisa lebih dari seorang adik yang dijaganya. Selepas keputusan peperiksaan keluar, Inara mendapat keputusan baik manakala Lisa pula dapat keputusan yang buruk. Inara dipuji oleh Khalid dan Lisa pula di marahi depan semua orang sehingga menyebabkan dia kesal dengan perbuatan bapanya.
Lisa meminta bapanya untuk membenarkan Khalid mengajar Lisa bersama Inara dan keputusan ini disetujui Khalid. Semasa mereka belajar, Lisa tidak dapat fokus kerana perasaan cemburunya terhadap Inara dan Nabil yang rapat. Lisa mula memikirkan pelan untuk membuat Inara dalam masalah agar dia dimarahi ibubapa mereka. Di sekolah pula, Lisa mula untuk tidak mengendahkan Inara dan turut memburukkan Inara di depan orang ramai. Kehidupan Inara kembali seperti dahulu dengan penuh pandangan rendah orang lain. Walau bagaimanapun, semua ini tidak menjejaskan pembelajannya dan setiap kali dia mendapat keputusan yang baik, Khalid akan memujinya dahulu.
Share this novel