BAB 5

Romance Completed 15300

Aku mula tiba di perhentian Tapah dan terus memakirkan motorku. Haih. Aku penat sampai mana pulak depa ni.

“Saffiya! Sini.”

Laung Afiq Iskandar.

Aku mengalih pandanganku ke arah suara itu. Belum sempat aku melabuhkan punggung, abang kembarku mula mengaju soalan.

“Asal kau lambat? Bangun lambat la tu kan? Jangan-jangan Subuh pun terbabas. Ye tak?”

Sindir Alif Iskandar. Hamboi bahasa. Aku cabai sat lagi. Sia- sia je.

“Hish mangkuk ni. Kang elok-elok kau tengah makan nasi ni ada yang makan kaki ni kang. Aku solat Subuh lah tadi. Aku letih sangat. Kerja bertimbun-timbun kat office. Aku sambung la tidur balik.”

Belum sempat Aqif minum airnya, dengan riak selamba Safiyya merampas air ditangan Aqif.

“Astaghfirullah. Saffiya. Along tengah minum kan. Kenapa tak minta izin dulu. Cuba jaga adab tu. Saffiya tu perempuan tahu. Bukannya lelaki.”

Tegur Aqif Iskandar. Saffiya memekakkan telinga.

“Jomla gerak. Daddy dah tunggu kita. Kang mengamuk pulak orang tua tu kalau kita lewat. Dahla memang pantang dia kalau orang tak menepati masa ni.”

Kata Afiq Iskandar.

Mereka mula bergerak ke kenderaan masing-masing. Aqif Iskandar menuju ke arah kereta Ferarrinya. Afiq, Alif dan Safiyya pula menuju kearah motor berkuasa besar mereka.

Masing-masing bergerak ke rumah Tan Sri Hisyam. Aku? Tiada ibu. Mummy meninggal kerana kemalangan sewaktu aku berusia 6 tahun. Hanya Daddylah tempat kami menumpang kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience