BAB 16

Romance Completed 15300

Sudah tiga bulan aku berkahwin dengan Ashraf dan hubungan kami macam suami isteri yang lain. Panggilan pun asyik tukar. Bila diingat balik nak muntah hijau pun ada bila aku dipaksa untuk memanggil Ashraf “Abang” berbelit jugaklah nak sebut mula-mula. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana mempunyai Ashraf yang sentiasa ada jika aku perlukan dia.

Saffiya asyik berulang-alik tandas. Naik pening dah Ashraf tengok.

“Sayang. Are you okay? Muka pucat ni. Kita pergi klinik la ya?”

Asyraf mengurut leherku perlahan.

“Tak pelah bang. Sikit je ni. Kejap lagi baiklah tu. Mungkin salah makan kot.”

“Sayang please. Abang tahu, sayang tak nak pergi hospital pun sayang takut dengan jarum kan? Macam lah Abang kenal sayang dua minggu. Jom. Abang tak nak paksa sayang. Kalau sayang degil terpaksala abang buat sesuatu.”

Mulalah nak ugut aku tu. Hish. Tak sukanya bila dia dah mula nak guna kuasa veto dia ni.

“Yela-yela.”

“Ha. Macam tu la isteri abang.”

Asyraf mengusap pipiku perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience