BAB 3

Romance Completed 15300

Sedari tadi aku asyik memandang ke bawah. Kenapa? Sebab menjaga pandangan bila berhadapan dengan ajnabi kan penting. Memang sejak dulu, aku begitu. Menjaga apa yang harus dijaga. Bila ada yang tanya kenapa aku hanya jawab ‘Aku rasa aku tak jawab pun korang dah tahu’.

“Esok cutikan? Kau pergi mana?”

Asyraf mula ajak berbicara.

Aku memandang Asyraf dan kembali menjatuhkan pandanganku menghadap makanan.

“Esok? Aku balik kampung.”

“La yeke? Hmmm. Baru nak ajak kau keluar. Macam biasa kau bawak la Musfira kalau kita keluar. Tapi, kau pulak takda.

Asyraf pura-pura merajuk dan mengalihkan pandangannya. Aku memandangnya.

“Lain kali ya? Aku janji lepas ni kita akan keluar ok? Serius. Buruk gila muka kau bila merajuk.”

Aku ketawa perlahan.

“Sengallah kau ni. Aku punya handsome ada kata muka aku buruk bila merajuk. Hish.

Aku senang berkawan dengan Asyraf. Walaupun digilai ramai wanita kerana wajahnya yang kacak, aku masih berkawan dengannya. Kami rapat sekalipun aku tetap jaga batas. Asyraf amat memahami pendirianku. Jika Asyraf melebihi aku akan menegur dan begitulah sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience