BAB 15

Romance Completed 15300

Sudah seminggu aku bergelar isteri kepada Asyraf Khairi. Dan seminggu itu jugalah panggilan aku kepadanya berubah. Walaupun sebelum kahwin hubunngan kami rapat bahkan selepas kahwin juga makin rapat.

Aku terus melangkah ke dapur. Menyiapkan sarapan sebelum pergi ke pejabat. Nasi goreng yang telah siap aku hidangkan di atas meja. Aku mula menuju ke bilik untuk melihat Asyraf.

“Ashraf?”

“Ya saya.”

Ashraf menyahut.

“Saya dah siapkan sarapan. Kita sarapan sekali jom dah lambat dah ni. Saya ada meeting kejap lagi.”

Aku mula melangkah untuk turun ke dapur kembali.

“Kejap Saffiya, boleh tlg saya?”

Pantas Saffiya menoleh ke arah Ashraf.

“Tolong apa?”

Saffiya mula koyakkan senyuman.

“Tolong saya ikatkan tali leher ni? Boleh?”

Aduh mamat ni takda tangan dah ke nak suruh aku ikatkan pulak.

“O..okay.”

Saffiya mula mencapai tali leher lalu Saffiya mula melilitkan di leher Ashraf. Jarak antara muka mereka hanya beberapa inci dan nafas Ashraf menampar lembut pipi Saffiya.

‘Susah nak tengok kau dari jarak dekat Saffiya. Dengan cara ini je yang aku boleh buat untuk tengok kau.’

Bisik ashraf dalam hati.

“Okay siap.”

Tersentak Ashraf dengar suara Saffiya.

“Terima kasih sayang.”

Seraya itu Ashraf terus mengucup dahi Saffiya dan terus menuju ke dapur.

Saffiya memegang lama kucupan itu. Wahai jantung, lajunya kau berdegup kencang.

Saffiya menghulurkan cawan yang berisi kopi pada Ashraf.

“Saya mungkin balik lambat sikit hari ni. So, awak tak perlu tunggu saya balik.”

Asyraf meneguk kopi dan terus memanaskan enjin.

“Awak saya nak salam.”

Huluran tangan Ashraf lalu dicium dan Ashraf mula mencium dahi Saffiya lama.

“Saya pergi dulu. Pergi office nanti hati-hati. Bye sayang Assalamualaikum.”

Kereta Ashraf meluncur laju.

Ashraf jika suatu hari nanti aku dapat meluahkan isi hati aku, aku harap kau juga mempunyai perasaan yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience