BAB 10

Romance Completed 15300

Aku menyiapkan diri. Biasa sahaja pakaian yang aku pakai malam ini. Bertudung Syria hitam, T-shirt muslimah dan berseluar track. Okla ni. Buat apa nak pakai lawa-lawa. Kecantikan aku ini hanya sesuai untuk tatapan suami sahaja. Bukannya bakal suami. Aku menuruni tangga menuju ke dapur. Menolong Mak Kiah apa yang patut.

“Assalamualaikum.”

Belum sempat aku turun tangga terakhir dah ada orang bagi salam. Cepat-cepat aku meluru ke dapur. Mungkin dah sampailah kot? Nak tengok jugak bakal suami. Handsome ka? Chet. Saffiya! Gatai sungguh hang noh.

“Jemputlah masuk Razak, Masyitah. Ha yang ni mesti Asyrafkan? Makin segak kamu ya? Dulu Uncle tengok kamu tembam. Sekarang?”

Puji Tan Sri Hisyam sambil menepuk bahu Asyraf Khairil perlahan.

Alif Iskandar dan Aqif Iskandar menghampiri mereka.

“Jemput duduk Uncle, Aunty. You must be Asyraf right?”

Teka Alif Iskandar.

Alif Iskandar, Aqif Iskandar dan Asyraf Khairil mula berjabat tangan.

‘Macam pernah nampak. Tapi dekat mana?’

Desis hati Alif. Asyraf hanya mengangguk.

“Saffiyah mari sini. Bakal mentua kamu dah datang ni.”

Aku datang sambil memegang dulang ditangan.

“Ha. Inilah satu-satunya anak dara saya.”

Tan Sri Hisyam mula memandangku. Aku hanya menundukkan pandangannya. Tak berani aku nak pandang muka bakal suami aku. Kacak ke? Tinggi ke? Putih ke? Ahh. Tak penting semua tu!

“Jemput minum uncle, aunty.”

Aku mula tersenyum manis. Tapi kenapa aku rasa ada yang tak lepas pandang aku ni. Aku mengangkat muka. Kelu. Terpaku dengan sepasang mata yang tajam milik bakal suaminya. Asyraf?? Apa maksud semua ni? Bakal suami aku Asyraf? Tak mungkin! Aku cepat mangalihkan pandangan dan duduk disebelah Alif.

‘Ha. Baru aku ingat, aku pernah jumpa dia dekat SH Holdings. Tapi dia buat apa kat situ?’

Alif Iskandar mula berfikiran sendiri.

“Ini Saffiya Humaira ya? Cantik anak dara kamu Syam. Sebijik macam mummy dia. Padanlah dengan mereka berdua.”

Ketawa Puan Sri Masyitah mula kedengaran. Makin merah muka Saffiya bila dipuji begitu. Padankah aku dengan dia?

“Sebenarnya uncle, Mama and Papa. Saffiya dan Asyraf dah lama kenal. Dari study dekat overseas lagi. Nak bawak jumpa papa dan mama, tak berkesempatan pulak. Kalau mama and papa nak tahu. Ni la bestfriend Asyraf yang Asyraf selalu cerita tu.”

Asyraf mula berbicara dan mengenalkan Saffiya pada keluarganya.

“La. Baguslah dah lama kenal. Kita kahwinkan je terus mereka berdua ni Syam. Kalau masing-masing dah saling mengenali. Kan?”

Tan Sri Abdul Razak mula menepuk bahu Tan Sri Hisyam. Ketawa mereka kedengaran. Tidak disangka dapat berbesan dengan sahabat baik sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience