BAB 13

Romance Completed 15300

Setelah penat melayan tetamu. Aku menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Aku membuka tudungku. Terasa diri diperhatikan. Aku menoleh ke belakang.

“Kau buat aku terkejut la Asyraf. Aku ingat kau kat bawah tadi.”

Alamak. Macam mana aku nak mandi ni. Fuhh. Berdebar semacam je jantung aku ni. Aku mula melihat pakaiannya. Berbaju Melayu dan berkain pelikat. Nak solat lah tu.

“Dah solat?”

“Belum. Nak bersihkan diri dulu.”

“Takpe. Aku tunggu. Kita solat sekali.”

Asyraf mula menghamparkan sejadah.

“Ha. Okay.”

Aku meluru ke kamar mandi dan terdengar ketawa kecil dari Asyraf. Adoi. Malunya aku.

Selesai solat berjemaah. Asyraf membacakan doa. Air mata ini tidak henti-henti mengalir mendengar doa Asyraf.

‘Ya Allah, Aku bersyukur kerana Kau telah hantar seseorang yang mencintaiMu kepadaku.’

Setelah selesai mengaminkan doa, Asyraf menoleh. Dipegang lembut kepalaku. Bibirnya melekap didahiku.

“Aku akan cuba untuk menyintai kau kerana Dia Saffiya.”

Air mataku mengalir lebat. Asyraf mengusap lembut air mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience