BAB 2

Romance Completed 15300

Pejam celik. Pejam celik dah dua tahun aku tinggal di Malaysia. Sekarang umur aku dah 27 tahun. Sudah tua, tapi masih belum ada niat untuk mendirikan rumah tangga. Selepas dapat result SPM, Daddy terus hantar aku belajar di negara orang. Sekarang aku bakal mengambil alih SH Holdings, Syarikat Daddy yang kedua. Aku setakat ambil Master dah la. PhD? Nantilah. Sibuk dengan ilmu dunia je, ilmu akhirat dibiarkan terkontang-kanting. Kenalah seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat juga kan?

“Woi Saffiya. Termenung jauh nampak.”

Sergah Asyraf Khairil.

Aku? Dikenali sebagai Saffiya. Nama panjang aku Nur Saffiya Humairah. Budak yang terkejutkan aku tu pulak Asyraf Khairil. Seorang sahabat yang aku kenal sewaktu aku belajar di negara orang merangkap juga senior aku. Sebelum aku balik Malaysia dia dah balik dulu. Dah habis belajarlah katakan. Bakal juga mengambil alih DI Holdings milik bapanya. Umur dia pula 28 tahun. Tua setahun lah. Sampai sekarang kami rapat tapi tiada siapa pun yang tahu aku ada kenalan lelaki kecuali seorang lagi sahabat aku, namanya Musfira Aisyah. Mereka berdua je sahabat aku dunia akhirat.

“Weyh. Terkejutlah aku. Kalau aku ada sakit jantung macam mana? Kau nak tanggungjawab ke kalau aku mati kat sini?”

Tanganku mencapai fail dan bersedia untuk menghempuk kepala Asyraf.

“Wo. Relaxla. Tangan kau ni memang tak reti nak duduk diam. Asyik nak hempuk orang je. Dari dulu aku kenal kau sampailah sekarang tak pernah nak berubah. Tak kesian ke kat sahabat baik kau dunia akhirat ni?”

Asyraf buat muka comel.

“Nak muntah aku. Uweeeekkkkkk.”

“Jomla keluar makan. Dah masuk waktu lunch ni.”

Asyraf mengusap perutnya.

“Kau belanja. Aku tak kira.”

Aku mula mengemas barang.

“Weyh. Tergamak kau buat aku macam ni. Tiap-tiap hari aku kena belanja kau lunch. Cuba sekali-sekala kau belanja aku lunch pulak? Boleh ya Cik Nur Saffiya Humairah?”

Asyraf mengerdipkan matanya berkali-kali. Hish. Suka sangat buat muka comel. Ni yang aku lemah ni.

“Hurm. Yela. Untuk kau punya pasal.”

Terpaksa jugak aku setuju. Gaji pulak tak masuk lagi. Hmm.

“Yeay. Aku nak pilih makanan mahal.”

Asyraf menjerit riang seperti kanak-kanak yang mendapat aiskrim.

“Woi, gaji belum masuk lagi la!!”

Saffiya menggeleng kepala perlahan. Pintu kereta Audi Q5 dibuka. Enjin kereta mula kedengaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience