BAB 7

Romance Completed 15300

“Tadi, ada orang datang meminang kamu Saffiya. Daddy pun dah setuju.”

Dengar je ayat yang keluar dari mulut Daddy, Aku mula rasa nak pitam. Pantas badanku dipaut oleh Afiq yang kebetulan berada disebelahku.

“Whaaat???”

Jerit Saffiya.

Ok. Nak pitam. Dah pitam belum ni?

“Oh no Daddy! You can’t do this to me! Saffiya baru 27 tahun Daddy. Banyak yang Saffiya nak buat. Lagipun bagilah Along, Angah and Alif kahwin dulu. Ni langkah bendul namanya Daddy.”

“Langkah bendul kamu kata? Itu bukan alasan Saffiya. Kalau kamu ada kakak lain lah ceritanya. Ini abang-abang kamu je. Mana ada istilah langkah bendul dengan lelaki. Lagipun kamu anak dara. Tak elok kalau anak dara kahwin lambat.”

“Daddy, Saffiya sayangkan Daddy tapi Saffiya tak setuju langsung dengan peminangan ni. Lagipun Saffiya takkan kahwin dengan lelaki yang Saffiya tak kenal. Daddy zaman dan berubah. Dunia pun dah maju. Takkanlah kahwin kehendak ibu bapa ni masih ada lagi. Nonsense!”

Aku mula membentak. Ya Allah, maafkan hambaMu ini.

“Saffiya. Cuba dengar apa yang Daddy cakap tu. Along tak pernah ajar adik kurang ajar macam tu bila bercakap dengan Daddy.”

Tegur Aqif Iskandar.

“Ya Along. Saffiya tahu. Cuba Along ada ditempat Safiyya sekarang? Along tak ada ditempat Saffiya memanglah Along boleh cakap macam tu.”

Tidak puas hati aku bila tiada siapa yang nak menyokongku.

Aku mula memandang kearah Alif iskandar. Memohon simpati.

“Daddy siapa yang Daddy nak jadikan suami untuk Safiyya? Handsome ke? Kerja apa? Umur? Kita orang kenal ke Daddy?”

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Alif Iskandar setelah lama berdiam diri.

“Anak kawan Daddy. Dia kawan rapat Daddy dari kecil. Dia berminat sangat dengan Saffiya bila dia tengok gambar Saffiya dalam bilik Daddy. Budak tu pun datang sekali tadi. Tapi, kamu datang lambat. Tak sempatlah jumpa.”

Mak! Aku tak nak kahwin. Sumpah nak lari!

“Lagi pun budak tu nampak baik. Pak Ngah, Pak Lang dan Mak Usu kamu pun suka budak tu. Peramah pun peramah. Apa lagi yang tak cukupnya? Serba serbi ada. Dia pun tak lama lagi akan mengambil alih syarikat ayah dia sama macam kamu dan Afiq la.”

Jawab Tan Sri Hisyam. Hadoi. Mulalah kalau semua dah setuju.

“Kira okayla tu Saffiya oi. Kerjaya pun bagus. Boleh tampung kau. Apa susahnya kalau kau terima je? Baik pun baik Daddy kata.”

Setuju Alif Iskandar.

“Weyh, aku ingat kau nak tolong aku. Apa ni? Daddy Saffiya sayangkan Daddy tapi Saffiya tetap tak setuju langsung dengan pinangan ni. Nak jadi apa jadilah. I dont care. Im so sorry.”

Tegas aku membuat keputusan Sampai hati kau orang. Langsung tak nak tolong aku.

“Saffiya.”

Jerit Angah. Baguslah keras kepala! Sama macam Daddy. Haiyo. Geleng Afiq Iskandar.

Aku tidak mengendahkan panggilan Angah. Aku lari menuju ke bilik atas. Sampai dibilik tubuh aku hempas ke katil.

“Istighfar Saffiya. Istighfar. Astaghfirullahaladzim.”

Aku mengurut dadaku perlahan dan menghembuskan nafasku perlahan. Terus aku menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat zohor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience