BAB 19

Romance Completed 15300

Hampir sembilan bulan aku dirumah, hampir itu juga seluruh keluarga memenuhi ruangan di banglo Daddy. Papa dan Mama juga turut serta. Perutku makin hari semakin besar. Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran anak sulung kami. Semenjak kandunganku berusia 7 bulan, Asyraff tidak lagi membenarkan aku untuk pergi ketempat kerja sehinggalah aku melahirkan cahaya mata sulung kami.

Asyraf menjaga aku setiap masa. Kadang-kadang takut apabila aku berseorangan dalam bilik, hampir setiap hari ada yang bergilir-gilir menjagaku. Jika Asyraf sibuk, Along, Angah atau Alif yang akan bergilir-gilir menjagaku. Tidak ketinggaln juga Daddy. Terharu aku bila setiap hari ada yang menjaga.
Walaupun masing-masing penat berkerja, tapi masih lagi melihat keadaanku. Best gila wok. Hehehe.

Kini mengikut kata Doktor hampir tiba masanya untuk aku melahirkan anak, perasaan aku bercampur baur,

“Daddy. Saffiya nak Abang.”

Air mata ini laju mengalir. Pintu dikuak dari luar.

“Sayang. Abang ada ni.”

Asyraf meluru kearahku. Tanganku digenggam erat. Sebelah tangannya mengusap air mataku perlahan. Aku melekapkan tangan dipipinya. Mula mengusap perlahan.

“Abang. Saffiya minta maaf kalau sepanjang Saffiya mengandungkan anak kita, Saffiya banyak menyusahkan abang. Saffiya banyak ragam. Saffiya banyak buat abang penat layan kerenah Saffiya. Saffiya minta maaf abang.”

Teresak-esak aku menangis menghadapnya. Tangannya ku capai lalu aku kucup perlahan.

“Hey. Apa yang sayang merepek ni. Sayang. Abang seronok bila pertama kali abang dapat tahu yang abang bakal jadi Papa. Sayang, abang tak kesah semua tu. Abang buat demi kebaikan sayang dan anak kita. Itu tak setanding sayang yang susah payah mengandungkan anak kita selama sembilan bulan sayang. Itu memang tanggungjawab abang untuk menjaga sayang. Abang nak sayang tahu yang abang sayangkan Saffiya kerana Allah. Abang tahu sayang kuat. Baby nak lihat Mama dengan Papa dia nanti.”

Asyraf mula mengusap pipiku perlahan. Bibirnya melekap didahiku.

Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan cahaya mata kami berdua. Bayi perempuan. Air mata kegembiraanku mengalir. Serentak dengan itu, Asyraf mula mengiqamatkan bayi kami. Air mata kegembiraan Asyraf turut mengalir.

Pintu dikuak dari luar. Keluargaku dan juga keluarga Asyraf turut menyerbu masuk ke dalam wad. Kelihatan masing-masing berebut mahu mendukung bayiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience