BAB 1

Drama Completed 2186

Hujan yang turun dengan lebat sedari semalam bagaikan tidak mahu reda terus berlarutan sehingga ke pagi. Tanpa mempedulikan kedinginan malam, dia membuka beranda dan mendongakkan wajahnya ke tingkat paling atas flat sebelah. Satu keluhan panjang dilepaskannya. Hampa kerana kelibat si dara yang mencuri hatinya itu tidak muncul hari ini.

Selalunya , dia akan keluar ke beranda tepat pukul 6 pagi. Mungkin juga cuaca hujan menjejaskan rutin harian si gadis itu. Sudah tentu yang jadi macam orang gila bayang adalah aku kerana takkan pernah surut sungai rindu ini merindu kelibatnya.

Sungguhpun sehingga ke hari ini aku tak pernah melihat raut wajahnya aku yakin yang dia adalah wanita yang rupawan. Aku benar-benar yakin.

Aku suka melihat dia menyikat rambut ikalnya yang panjang mencecah pinggang sambil merenung matahari yang sedang timbul kerana kebetulan beranda rumahnya menghadap ke situ. Dia berada di situ selama lima minit sahaja, kemudian kembali masuk ke dalam rumah. Cukup lima minit itulah aku nanar. Aku jatuh hati padanya. Silau mentari yang menyentuh wajahnya membuat aku seperti berada di alam kayangan.

Tetapi hari itu, aku mendapat kejutan aneh. Seorang wanita, barangkali Awal 30-an, berdiri di muka pintu rumahku dengan wajah selamba. Tidak sedikit pun dia menghadiahkan senyuman atau sapaan kepadaku yang sedang terkejut.

“Awak Danial kan?” Aku tercengang. Bagaimana dia tahu namaku? Tetapi aku tetap menyahut soalan itu dengan anggukan.

Wanita itu menyelak fail di tangannya lalu menghulur sehelai kertas kepadaku. “ Resume ?!”

Aku hampir terpekik menatap isi kandungan kertas tadi. Entah apa maksud wanita ini memberikan resume kepadaku. Tambah aneh, resume tersebut bukanlah resume miliknya tetapi seorang gadis lain yang tampak remaja mengikut gambar pasport yang disertakan dalam resume tersebut.

“ Resume siapa ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience