BAB 2

Drama Completed 2186

Matanya yang tajam bulat merenungku seketika. “Takkan awak tak baca nama dia? Dia Ziana .”

Aku masih tegang merenungnya. “Awak ni siapa? Buat apa awak bagi saya resume dia? Saya bukannya majikan yang nak cari pekerja. Saya ni kerja makan gaji saja. Dan…macam mana awak kenal saya?”

“Saya Rita , kakak kepada gadis yang dalam resume tu.”

“Jadi kenapa awak bagi resume ni pada saya?”

Tiba-tiba dia menempelak kasar. “Awak nak kenal gadis di beranda pangsapuri saya kan? Itulah dia. Gadis yang awak hendap selama enam bulan ni. Dia adik saya.”

Mulutku yang berkumis itu terlopong. Kembali aku menatap resume tersebut dengan tangan yang bergetar. Oh, gadis yang ku intip selama ini adalah adik dia? Gambar pasport milik Ziana kurenung dengan hati yang berdebar-debar.

“D…dia ke yang selalu muncul di beranda setiap pagi tu?” Wanita itu angguk endah tak endah.

“Dia cantik tak?” Tanyanya bersahaja dengan nada suara yang mendatar.

“Err, cantik. Cantik.” Aku tersenyum riang. Tidak menyangka bahawa gadis yang selalu muncul di beranda selama ini benar-benar cantik. Rita mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.

“Awak simpan telefon ni. Waktu makan tengah hari nanti, saya akan telefon awak dan tentukan tempat awak dan adik saya akan dating .”

“Hah?!!”

Sulit untuk aku menyamakan watak Ziana yang kulihat sekarang dengan gadis yang selalu kuperhatikan di beranda . Mungkin ada sedikit persamaan iaitu rambut Ziana panjang sama seperti gadis yang kuhendap di beranda rumahnya selama ini. Tetapi aku tidak mahu memikirkan hal itu dengan mendalam kerana terpana dengan kecantikannya. Dia sangat periang, bermulut becok serta murah dengan senyuman. Watak Ziana sangat berbeza dengan kakaknya, Rita yang pendiam, tegas dan jarang tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience