BAB 3

Drama Completed 2186

Sewaktu memperkenalkan diri tadi, Ziana tidak menampakkan rasa kekok. Namun begitu, temu janji kami berlangsung dalam keadaan yang paling membingungkan.

“Awak tak suka tempat ni?” Tanya Rita seraya menjeling penuh ragu. Mungkin dia dapat menghidu aku tidak selesa bertemujanji di tempat sesak seperti ini.

“Suk…suka juga. Tapi bising.” Aku masih tidak faham mengapa Rita memilih untuk mempertemukan aku dan Ziana di pusat membeli belah. Mujur tidak jauh dari pejabat. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengikut mereka melakukan aktiviti membeli belah yang sepatutnya menjadi acara makan tengah hariku.

“Jadi awak nak dating dengan Ziana di mana? Taman bunga? Panggung wayang? Pub?” Tempelaknya tegang.

“Ti…tidak, kak.”

“Kenapa tergagap-gagap? Awak takut bertekak dengan saya?”

“Ti…tidak, kak.”

“Jawablah dengan tegas! Lepas ni awak akan kahwin dengan adik saya, nak tangani gadis remaja macam dia, awak kena tegas!”

Buntang lagi mataku mendengar perkataan kahwin itu. Tetapi belum sempat aku keluarkan pertanyaan, dia tiba-tiba meminta aku mengeluarkan dompet. Waktu itu kami sudah berada di hadapan kaunter pembayaran.

“Kenapa kak?”

“Cepatlah keluarkan dompet!” Rita mengherdik dengan suara tertahan. Aku terfikir mungkin Rita mahu merompakku, tetapi belum sempat aku membuat keputusan, dia sudah mengeluarkan dompetnya sendiri dari beg tangannya.

Selepas itu aku ditinggalkan begitu sahaja di dalam pusat membeli belah. Mungkinkah Rita tersinggung kerana aku tidak sudi membayarkan barang-barang membeli belah mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience