BAB 7

Drama Completed 2186

“Apa hubungan Ziana dengan Encik Azroy tu? Kekasih?” Aku memberanikan diri untuk bertanya.

Ziana menjawab. “Bekas kekasih. Saya dah lama putuskan hubungan dengan dia, dia saja yang masih tak berhenti ganggu saya. Saya ada suruh Kak Rita bagi surat amaran pada dia tapi tak sangka pula awak yang jadi posmen malah sampai tumbuk dia pula. Terima kasih ya.”

Aku mulai faham. Rasa gembira kerana berjaya ‘menyingkirkan’ seorang lelaki yang mengganggu Ziana . Ini rupanya rancangan Rita , mahu memastikan lelaki yang mengancam adiknya tidak menganggu adiknya lagi dengan ‘menggunakan’ aku. Hari-hari seterusnya, rancangan percintaan yang diatur oleh Rita terasa begitu membahagiakan.

Yang pasti dia muncul setiap hari di depan rumahku tanpa pernah gagal seolah-olah satu rutin harian. Aku pernah terkejut bila satu pagi dia meminta aku menjalankan ujian darah, air kencing dan sperma.

“Kenapa?!” Tanyaku separuh bingung.

“Nak pastikan awak sihat dan subur!” Dia beralasan.

“Berikan juga slip gaji, KWSP dan senarai hutang-hutang awak yang terkini.” Wanita itu gila agaknya. Untuk apa dia meminta itu semua? Tapi aku terpaksa menurut kehendaknya.

Satu hari aku beranikan diri untuk bertanya dengan Ziana tentang perangai kakaknya, Rita . Gadis itu ketawa. Dengan lirikan mata dia berkata, “Kakak memang macam tu. Serius, jarang nak senyum. Tapi dia baik. Ha, kalau awak nak tahu, dalam ramai-ramai lelaki yang kakak kenalkan kepada saya, awaklah yang hampir lulus!”

Aku terkesima. Meminta Ziana menerangkan dengan lebih jelas kata-katanya tadi. Ziana tidak berselindung. “Maksud saya, sebelum ini dah ramai lelaki yang kakak carikan jodoh untuk saya. Jangan tanya saya kenapa kakak buat macam tu sebab saya sendiri tak tahu. Tapi kali ini, awak yang hampir lulus.”

Tanganku menggigil. Aku pandang Ziana dengan rasa tak percaya. Jadi aku adalah salah seorang daripada senarai pemuda-pemuda di luar sana yang ‘ditemu duga’ secara tidak sedar oleh Rita untuk dijadikan suami Ziana ? Ini gila, benar-benar gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience