BAB 4

Drama Completed 2186

Keesokan harinya, Rita muncul lagi di depan pintu rumahku. Riak wajahnya sama seperti semalam; tegang dan serius. Sebelum dia membuka mulut aku meminta maaf di atas keenggananku membayarkan perbelanjaan beli-belah mereka semalam.

Dia diam. Memandangku seperti mencerna keikhlasan permohonan maafku. “Saya cuma nak tengok kad pengenalan awak sahaja semalam. Bukan nak suruh awak bayarkan.” Aku lega mendengarnya.

“Danial, awak suka adik saya?”

“Hah?”

“Awak nak saya ulang soalan tu?”

“Ta…tapi saya masih tak kenal sangat Ziana . Saya perlukan masa untuk jawab soalan tu.”

“Jadi kenapa awak mengendap dia selama ni?” Kepalaku tertunduk. Kalah dalam renungan matanya yang menjeratku dengan jerkahan itu.

“Awak nak bercinta dengan adik saya?” Aku ternganga lagi. Ini seakan satu paksaan bagiku tetapi tawaran Rita ini mungkin sesuatu yang tidak boleh aku abaikan begitu sahaja.

“Ya.”

“Baiklah, awak minta cuti hari ini.”

“Hah?!! Tapi…”

“Awak nak bercinta kan? Orang bercinta memang macam ni, banyak yang perlu dikorbankan. Duit, cuti, masa rehat, sahabat dan keluarga. Biasakanlah diri awak dengan pengorbanan macam itu!”

Dia mula mahu beredar. Tetapi kali ini aku tidak mahu memberi dia peluang pergi tanpa penjelasan jelas. Cepat-cepat aku mengunci pintu rumah lalu mengejarnya yang sedang menuju ke arah lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience